Ballon Bleu, Tank, Panthère and Santos de Cartier, instantly recognisable, these collections are based on four main principles of creation: purity of line, accuracy of shape, precise proportions and precious details.
This intelligence of design places objects seamlessly within their time as well as within the future. Contemporary, although vintage to some, these designs stand the test of time: classic, eternal, essential.
The Maison’s first square watch. Traditionally hidden, the screws are made visible and become an aesthetic code of the collection.
Pada tahun 1917, Louis Cartier mengambil inspirasi daripada garis ketulenan untuk menciptakan bentuk jam tangan baharu. Diinspirasikan oleh reka bentuk kenderaan tempur, kedua-dua elemen ini melahirkan konstruksi signatur jam tangan Tank yang tampil teguh lagi mantap.
Doubly convex, its shape strikes the perfect balance between line and volume. A watch constantly seeking harmony with a circle inside a circle.
A watch that takes its name from the bracelet. Ultra-flexible, it mirrors the movements of the Maison’s emblematic animal.
Sebagai peruncit terkemuka jam tangan mewah di rantau Asia-Pasifik, Cortina Watch merupakan salah satu rakan kongsi Cartier yang paling penting. Perkongsian strategik ini membentuk asas platform pengedaran yang teguh dalam mempamerkan himpunan horlogerie Maison. Lantas mempersembahkan ciptaan baharu kepada para pemuja lapangan horologi kepada karya laksana Cartier yang abadi.
Mengambil lokasi di Malaysia, Singapura, Thailand dan wilayah Asia yang lainnya, butik jam tangan premium kami cukup sinonim dengan jam tangan dan aksesori mewah yang sempurna lagi terlaksana berkualiti terkenal di seluruh dunia.
Bersama-sama, kami menjemput anda untuk menemui dunia jam tangan Cartier yang elegan, kreatif dan tersendiri, dimana pengalaman kemewahan menanti anda.
Dengan obsesi terhadap rekaan garisan yang bersih, konstruksi bentuk yang berbeza dan perincian yang rumit, Maison mengeluarkan satu siri koleksi jam tangan klasik yang menentang masa dan abadi. Di Cartier, reka bentuk adalah asas kepada jam tangan mereka, dan kefungsian pula merangkap teman rapatnya. Jam tangan Cartier ialah aksesori yang bukan sahaja menunjukkan masa dengan baik – malah menghiasi pergelangan tangan pemakai dengan penuh rasa berbangga dan kemasyhuran.
Jam tangan Cartier terkenal dengan dail jam tangan putih-hitamnya yang kelihatan minimalis dan menawan. Jika anda sedang mencari aksesori praktikal yang boleh dipadankan dengan gaya anda dalam sebarang acara, anda bakal menemui pelbagai pilihan dalam koleksi klasik seperti Tank, Santos de Cartier dan Panthère de Cartier. Setiap jam tangan dari siri ini akan memanjakan hati yang murni dan bakal kekal bersama sebagai peneman diri selama-lamanya.
Jangan terperdaya oleh susuk reka bentuknya yang ringkas. Seperti mana koleksi jam tangan Santos de Cartier – yang berpegang pada falsafah asalnya dengan semangat inovatif. Untuk para wanita atau mereka yang mencarikan gaya yang tidak rumit, arloji versi Santos de Cartier Medium adalah satu karya yang menggembirakan. Disarungkan dalam badan keluli berkemasan berus dengan gelang yang disertakan bersistem pelarasan “SmartLink”, dan warna kontras biru menghiasi sekujur laman dailnya, ini adalah aksesori yang berfungsi lagi versatil untuk digayakan dalam pelbagai acara.
Model Santos de Cartier Bersaiz Besar dipamerkan dalam reka bentuk serba hitam yang memancarkan sebuah misteri dan maskuliniti. Set ini terlahir dari keluli untuk ketahanan yang terlampau dan disempurnakan dengan tali gelang kulit buaya warna hitam, ia adalah jam tangan buat lelaki dan wanita dengan kelebihan yang pasti akan menarik perhatian di Malaysia dan di seluruh dunia.
Menerusi barisan jam tangan Cartier, anda boleh mengolah persalinan mengikut keinginan hati. Koleksi Tank, dalam siluet ikonik dan saiznya yang halus, melingkari pergelangan tangan ibarat seorang diva mengikut istilahnya sendiri. Di sini, anda akan menemui pelbagai saiz yang sesuai untuk semua jenis gaya – daripada Model Tank Must Kecil dengan 40 berlian potong cemerlang yang menghiasi bezel, beralih kepada Tank Américaine yang dilaksana dalam tali jam tangan bersisik unik yang mengingatkan pada sisik duyung.
Cartier tidak berhenti di situ sahaja. Selain daripada Tank, salah satu reka bentuk paling popular dalam barisan ciptaan horologi Cartier adalah koleksi Ballon Bleu de Cartier. Setiap jam tangan daripada siri ini menampilkan kaboson terapung yang menyuntik nada keanggunan pada pergelangan tangan lelaki dan perempuan.
Jika anda tercarikan sesuatu yang sedikit berbeza namun masih digarap dari rumah arloji Cartier, koleksi Pasha de Cartier bakal menanti anda. Ditetapkan dengan angka Arab dan bukannya versi Rom biasa, pilihan berani ini merupakan keajaiban kejuruteraan yang menampilkan teknik pembuatan jam tangan termaju dan butiran halus yang dibangunkan dalam Cartier Manufacture di La Chaux-de-Fonds.
Lebih daripada satu abad, Cartier terus maju dengan semangat inovasi yang tidak berkesudahan, sambil memeluk akarnya. Bagi pemuja jam tangan yang mencari kronologi yang menjamin keselesaan dan gaya, jenama yang ditempah adalah yang terbaik. Nilai keanggunan dan kecantikan bakal hadir dengan harga, dan itu adalah jam tangan Cartier yang menawan di pergelangan tangan.
Sebagai peruncit rasmi jam tangan Cartier di Malaysia dan di seluruh Asia Pasifik, kami komited untuk membantu anda memahami kisah di sebalik setiap penciptaan jam tangan Cartier dan memberikan nasihat profesional. Semak imbas jam tangan Cartier Santos, Cartier Tank, dan Cartier Panthère baik untuk lelaki dan wanita di butik kami di Malaysia hari ini.
Jam tangan Cartier ialah jam tangan mewah yang anda juga boleh digayakan sebagai gelang. Mereka direka dengan menawan, dengan setiap satu memenuhi citarasa tertentu. Terima kasih kepada teknik pembuatan jam tangan yang inovatif dan nada gaya ikoniknya, jenama Cartier adalah salah satu jenama jam tangan mewah paling popular di Malaysia dan di seluruh dunia.
Jam tangan Cartier adalah sangat versatil lalu kekal mewah. Dibuat dengan bahan berkualiti tinggi dan permata berharga, seperti Santos-Dumont yang bertatahkan 44 butiran berlian potongan cemerlang dan tali kulit buaya, atau Tank Louis Cartier, dengan kaboson nilam, bersarungkan emas merah 18K dan muka kristal mineral, jam tangan Cartier sememangnya berkualiti tinggi.
Seutas jam tangan yang paling ikonik mungkin adalah Cartier Tank Française. Ia adalah legasi jam tangan warisan yang telah dipakai oleh diraja, termasuk Puteri Diana dan Meghan Markle, dan dimodelkan mengikut siri Tank klasik. Dengan set bekas keluli dan 24 butiran berlian potongan cemerlang berjumlah 0.49 karat, ia merupakan jam tangan yang mengagumkan dan klasik yang dipercayai tahan ujian masa.
Hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut atau lihat reka bentuk Cartier yang lain.
Dear Valued Customers,
Wishing you prosperity and good health this Lunar New Year!
Kindly take note of the shortened operating hours for the following boutiques on Lunar New Year Eve, 31 Jan 2022:
The following boutiques will be will be closed on Lunar New Year 1st and 2nd Feb 2022 and will resume operations on 3rd Feb 2022.
Boutiques at Suria KLCC will be closed on Lunar New Year 1st Feb 2022 and will resume operations on 2nd Feb 2022.
Stay safe and have a joyous celebration!
VIEW BOUTIQUE LOCATIONS