Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Day-Date Collection ⟩ M228236-0012
M228236 0012 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
228236
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, platinum
Bezel
Berjejalur
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3255, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
President, pautan tiga keping separa bulat
Pengancing
Crownclasp lipat terlindung
Dail
Biru salji
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M228236 0012 Modelpage Spec Landscape
Fluted Bezel Platinum M228236 0012

Bezel berjejalur

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam platinum pada Day-Date 40 ini.

Permukaan Biru Ais

Permukaan biru ais ialah tanda pengenalan yang eksklusif dan tidak menonjol bagi jam tangan platinum Rolex. Rolex menggunakan platinum, logam adi terunggul, untuk jam tangan yang terbaik. Permukaan eksklusif ini hanya boleh didapati pada Day-Date dan Cosmograph Daytona.

Ice Blue Dial Platinum M228236 0012
Platinum Platinum Platinum

Platinum

Nadir dan berharga, platinum memukau dengan keputihan perak dan kilauan terang. Ia adalah antara logam paling padat dan paling berat di dunia, dibezakan oleh sifat kimia dan fizikal yang unik seperti ketahanan kakisan yang luar biasa. Agak menakjubkan platinum itu juga lembut, elastik dan mudah dibentuk, yang menjadikan proses pemesinan dan penggilapan sangat sukar kerana ia menuntut tahap kemahiran yang sangat tinggi. Rolex sentiasa menggunakan platinum 950, iaitu satu aloi yang merangkumi 950‰ (perseribu) platinum, dibuat dengan teliti secara dalaman oleh tukang logam yang terbaik di Rolex. Logam yang paling mulia untuk jam tangan yang terbaik.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN DAY-DATE 40 ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada model, sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini memiliki estetika yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Day-Date 40 ialah jam tangan yang paling berprestij. Ketahui lebih lanjut tentang model ini dan cara menetapkan masa, tarikh dan hari dengan menonton video.

Oyster Perpetual Day-Date 36 baharu menampilkan permukaan yang diperbuat daripada batu hiasan berkilauan yang membangkitkan suasana pantai Mediterranean. Aventurin hijau, karnelian dan firus digandingkan dengan jam tangan masing-masing dalam emas Everose, putih dan kuning 18 karat. Sebagai ungkapan kepakaran Rolex membuat permukaan, jam tangan Day-Date 36 baharu juga merupakan bukti penguasaan menyeluruh jenama itu dalam seni penetapan permata. Gabungan batu, permata dan logam berharga yang luar biasa ini menekankan keistimewaan dan keanggunan jam tangan berprestij ini.

Rolex Day-Date Rolex Day-Date

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib