Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex GMT-Master II Collection ⟩ M126720VTNR-0001
M126720vtnr 0001 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
126720VTNR
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, Oystersteel
Bezel
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Sisipan Cerachrom dwiwarna hijau dan hitam dalam seramik, angka dan senggatan dibentu
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
Kaliber
3285, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Hitam
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M126720vtnr 0001 Modelpage Spec Landscape
24 Hour Rotatable Bezel Oystersteel M126720vtnr 0001

Bezel Boleh Putar 24 Jam

Model ini mempunyai permukaan hitam dan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik hijau dan hitam dua warna. Di sampingh jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan masa rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui pusingan putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka. Sisipan bezel Cerachrom menampilkan kombinasi warna asal: hitam dan hijau eksklusif yang dikhaskan untuk model ini.

Permukaan hitam

Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, GMT-Master II menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya dalam kegelapan disebabkan adanya paparan Chromalight. Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.

Pada versi baharu jam tangan ini, putaran jam dan pelindung putaran jam berada di sebelah kiri penutup jam tangan. Bukaan tarikh dan kanta Siklops berada pada pukul 9.

Black Dial Oystersteel M126720vtnr 0001
Oystersteel Oystersteel Steel

Oystersteel

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN GMT-MASTER II ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada model, sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini memiliki estetika yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual GMT-Master II ialah jam tangan yang sesuai untuk merentasi dunia. Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri jam ini dan cara menetapkan masa dan dua zon waktu dengan menonton video.

Membenarkan pemakai menjejaki peredaran masa dalam zon waktu lain, GMT-Master II menyerlahkan hubungan kita dengan dunia. Model ini kini boleh didapati dalam dua versi baharu – emas kuning 18 karat dan Rolesor kuning – dengan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik kelabu dan hitam, kombinasi warna serba baharu. Ketukangan terunggul dibuktikan dengan pilihan bahan dan ketepatan kemasan, yang disatukan untuk menyerlahkan pencahayaan jam tangan yang terbaik. Kontras yang harmoni antara rantai Jubilee emas yang berkilauan dan bezel dua warna dengan ton gelap halus menggamit aura sinaran matahari serta pertukaran siang dan malam.

Rolex GMT-Master II Rolex GMT-Master II

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib