Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Sky-Dweller Collection ⟩ M336934-0001
M336934 0001 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
336934
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 42 mm, Oystersteel dan emas putih
Bezel
Ring Command Rolex berjejalur, boleh putar dwiarah
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, dua zon masa, kalendar tahunan
Kaliber
9002, buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 72 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Oysterclasp lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Hijau pudina
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut Parachrom biru paramagnetik. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M336934 0001 Modelpage Spec Landscape
Mint Green Dial White Rolesor M336934 0001

Permukaan hijau pudina

Segi tiga merah terbalik yang tetap pada permukaan menunjuk ke masa rujukan yang dipilih – masa di rumah atau di tempat kerja biasa pengembara – di atas cakera 24 jam di luar pusat. Sekilas pandang, paparan 24 jam ini jelas membezakan jam waktu siang dengan jam waktu malam dalam zon masa yang lain. Permukaan itu kini mempunyai penanda jam indeks segi empat tepat dan jarum yang lebih panjang, serta paparan Chromalight dengan pendarkilau yang tahan lama untuk meningkatkan keterbacaan.
Satu segi empat tepat yang dalam berwarna merah pada satu daripada 12 tetingkap di sekitar permukaan menunjukkan bulan semasa dan ini merupakan satu ciri kalendar tahunan Saros yang menyerlah. Mekanisme cerdas ini memudahkan kehidupan pemakai jam tangan yang tidak lagi perlu memikirkan untuk melakukan pelarasan tarikh pada hujung bulan 30 hari. Kalendar tahunan memaparkan tarikh yang betul sepanjang tahun. Hanya satu pelarasan diperlukan – pada 1 Mac (Februari hanya mempunyai 28 atau 29 hari). Tarikh disambungkan ke masa tempatan dan berubah secara automatik mengikut zon masa tempatan pengembara.

Bezel Berjejalur

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur menjadi tanda perbezaan, lazimnya disaluti emas. Sky-Dweller dilengkapi dengan mekanisme interaksi antara bezel boleh putar, putaran jam dan gerakan: sistem Ring Command yang membolehkan pemakai memilih serta menetapkan fungsi jam tangan satu demi satu dengan mudah, cepat dan selamat.

The Fluted Bezel White Rolesor M336934 0001
White Rolesor White Rolesor Steel White Gold

White Rolesor

Emas menjadi rebutan untuk kilauan dan kemasyhurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Bersama-sama, bahan-bahan ini secara harmoni menggabungkan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ia merupakan tunggak koleksi Oyster.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Dengan dua zon waktu dan kalendar tahunan, Sky-Dweller ialah peneman yang elegan dan dipercayai untuk pengembara. Barisan ini telah dikemas kini dengan pelbagai penambahbaikan yang membuktikan bahawa, bagi Rolex, kecemerlangan ditekankan walaupun dalam perincian terkecil. Hiasan estetik diperkenalkan pada versi baharu dalam barisan model ini. Malah, jam tangan ini mengandungi evolusi teknikal yang memperkenalkan gerakan yang dilengkapi dengan kemajuan terkini dalam teknologi Rolex.

Rolex Sky-Dweller Rolex Sky-Dweller

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib