Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Yacht-Master Collection ⟩ M116688-0002
M116688 0002 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
116688
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 44 mm, emas kuning
Bezel
Cincin Command Rolex (dwiarah 90° boleh gilir berinteraksi dengan mekanisme) dalam 18 Karat emas dengan Sisipan Cerachrom biru dalam seramik dan angka disaluti dengan emas.
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, kronograf regata
Kaliber
4161, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 72 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Putih
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru
M116688 0002 Modelpage Spec Landscape
Ring Command Bezel Yellow Gold M116688 0002

Bezel Ring Command

Rolex mencapai kesempurnaan apabila jenama ini mengalihkan perhatian untuk mentakrifkan semula tujuan dan fungsi bezel. Biasanya, bezel beroperasi secara bebas daripada mekanisme dalaman; walau bagaimanapun, bezel Ring Command dalam kronograf regata Yacht-Master II beroperasi bersama-sama. Sebagai komponen mekanikal yang dihubungkan dengan gerakan, bezel betul-betul bertindak sebagai kunci kepada kira detik boleh atur cara yang membolehkan bezel ditetapkan dan diselaraskan dengan urutan masa mula perlumbaan. Dengan reka bentuk kompleks tetapi mudah digunakan, bezel tampak cantik dan berfungsi dengan baik.

Permukaan putih

Yacht-Master II dilengkapi dengan permukaan dan jarum baharu yang tersendiri bagi model Profesional Rolex yang meningkatkan keterbacaan dan menambahkan daya tarikan estetika jam tangan. Kini, permukaan mempunyai penanda jam segi tiga pada pukul 12 dan penanda jam segi empat tepat pada pukul 6 untuk bacaan jam tangan yang lebih intuitif. Cakera pendarkilau pada jarum jam jelas membezakan jarum jam daripada jarum minit. Kira detik Yacht-Master II boleh diatur cara untuk tempoh antara 1 hingga 10 minit. Pengaturcaraan diingati oleh mekanisme supaya kembali kepada tetapan sebelumnya apabila penetapan semula dilakukan. Apabila dilancarkan, kira detik boleh disegerakkan dengan cepat untuk disepadankan dengan kira detik perlumbaan rasmi.

White Dial Yellow Gold M116688 0002
18 Ct Yellow Gold Yellow Gold Yellow Gold

Emas kuning 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN YACHT-MASTER II ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada model, sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini memiliki estetika yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Yacht-Master II ialah kronograf regata yang unik. Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri jam ini dan cara menetapkan waktu serta bagi permulaan perlumbaan yang sempurna, cara menggunakan fungsi kira detik yang eksklusif dengan menonton video.

Ringan dan teguh, Oyster Perpetual Yacht-Master 42 baharu dalam titanium RLX ialah pendamping bagi mereka yang inginkan kebebasan dalam pergerakan. Amat sesuai sekali dengan permintaan dan cabaran lumba layar, kecemerlangan pembuatan jam tangan ini menyumbang kepada prestasi sukan. Yacht-Master 42 ialah jam tangan kedua dalam titanium RLX yang dikeluarkan oleh Rolex selepas Oyster Perpetual Deepsea Challenge, mengesahkan bahawa keringanan ialah kualiti yang harus diambil serius.

Rolex Yacht-Master Rolex Yacht-Master

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib