Trid492273118127963evpageviewnoscript1
Rolex ⟩ Menyenggara Rolex Anda

Dibina untuk bertahan

MENYELENGGARA DAN MEMBAIKI JAM TANGAN ROLEX
DI CORTINA WATCH MALAYSIA

Jam tangan Rolex direka dan dibina untuk bertahan. Dari konsepsi jam tangan Rolex hingga waktu ia meninggalkan bengkel, setiap langkah pembangunan dan pembuatannya mengikut satu syarat kritikal: kualiti. Hasilnya, tidak ada had tentang berapa lama jam tangan Rolex boleh bekerja, diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya dan untuk beberapa kehidupan.

Servicing Your Rolex Authorised Service Centre Portrait

BENARKAN PAKAR MEMBIMBING ANDA

Selang beberapa tahun selepas setiap penyenggaraan, jam tangan anda harus diberikan perhatian yang menyeluruh. Sebagai Peruncit Rasmi Rolex, Cortina Watch diberi kuasa untuk menerima jam tangan Rolex anda untuk penyenggaraan. Dengan ilmu, kemahiran dan pengetahuan teknikal yang diperlukan, kami bersedia untuk memberi nasihat kepada anda mengenai semua aspek teknikal jam tangan Rolex.
Servicing Your Rolex Verification Portrait

MENYENGGARA ROLEX ANDA MELALUI CORTINA WATCH

Melalui Cortina Watch anda boleh mengakses rangkaian Rolex yang terlatih di seluruh dunia. Kami mengikuti prosedur penyenggaraan Rolex yang direka untuk memastikan setiap jam tangan yang meninggalkan bengkel Rolex mematuhi spesifikasi estetika dan fungsi asalnya.

Servicing Your Rolex Procedure Portrait

PROSEDUR PENYENGGARAAN ROLEX

Prosedur penyenggaraan Rolex direka untuk memastikan setiap jam tangan yang meninggalkan bengkel Rolex mematuhi spesifikasi estetika dan fungsi asalnya. Setiap mekanisme dibaik pulih secara menyeluruh dan setiap penutup serta rantai diperbaharui dengan rapi untuk mengembalikan kilauannya. Ketepatan dan kalis air jam tangan diuji dengan teliti bagi menjamin tahap kualiti dan keutuhan yang seharusnya ada pada jam tangan Rolex anda.

JAMINAN PENYENGGARAAN DUA TAHUN

Selepas penyenggaraan selesai, Rolex anda dilindungi oleh Jaminan Penyenggaraan selama dua tahun. Jaminan ini tidak termasuk apa-apa kerosakan atau kemerosotan yang disebabkan oleh kemalangan atau pengendalian jam tangan yang salah. Sebarang campur tangan oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan oleh Rolex atau penambahan mana-mana bahagian atau aksesori yang tidak dikeluarkan oleh Rolex akan membatalkan Jaminan Perkhidmatan.

Servicing Your Rolex Two Year Service Guarantee Portrait 2024