{"id":63291,"date":"2025-07-28T10:51:43","date_gmt":"2025-07-28T02:51:43","guid":{"rendered":"https:\/\/www.cortinawatch.com\/my\/dasar-perlindungan-data-peribadi\/"},"modified":"2025-08-01T11:52:56","modified_gmt":"2025-08-01T03:52:56","slug":"dasar-perlindungan-data-peribadi","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/www.cortinawatch.com\/my\/zh\/dasar-perlindungan-data-peribadi\/","title":{"rendered":"Dasar Perlindungan Data Peribadi"},"content":{"rendered":"

Cortina Watch Dasar Perlindungan Data Peribadi<\/h2>\r\n

<\/h2>\r\n\r\n

Kemaskini Terakhir: Mei 2025<\/p>\r\n

Dasar Perlindungan Data Peribadi (“Dasar”) ini menetapkan asas di mana Cortina Holdings Limited dan anak syarikat kami, (secara kolektif dirujuk di sini sebagai \u201cKumpulan Cortina\u201d atau \u201ckami\u201d) boleh mengumpul, menggunakan, menzahirkan atau memproses data peribadi (\u201cData Peribadi\u201d) orang-orang mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan perlindungan Data Peribadi yang berkenaan. Dalam usaha kami dalam melaksanakan dasar, amalan dan proses terkini, kami akan mengkaji semula dasar, amalan dan proses ini dari semasa ke semasa. Kami berhak untuk meminda terma Dasar ini mengikut budi bicara mutlak kami. Dasar ini, sekiranya dipinda, akan disiarkan di laman web kami. Anda digalakkan untuk melawati laman web kami dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anda termaklum\u00a0 dengan dasar terkini kami berhubungan dengan perlindungan Data Peribadi. Dengan terus menjalin hubungan atau berurusan dengan Kumpulan Cortina, anda\u00a0 dianggap sebagai \u00a0menerima Dasar ini seperti yang dipinda dan terikat dengan terma-terma yang dikemas kini dari semasa ke semasa.<\/p>\r\n

Dasar ini terpakai kepada Data Peribadi dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami, termasuk Data Peribadi dalam simpanan organisasi-organisasi yang kami lantik untuk mengumpul, menggunakan, menzahirkan atau memproses Data Peribadi bagi pihak kami. Dalam Kumpulan Cortina, perlindungan Data Peribadi anda adalah keutamaan kami dan kami mengambil langkah-langkah munasabah serta langkah keselamatan yang sewajarnya untuk memastikan Data Peribadi anda sentiasa dilindungi.<\/p>\r\n

Tujuan Dasar ini adalah untuk memaklumkan anda tentang cara-cara kami menguruskan Data Peribadi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) Malaysia (\u201cPDPA<\/strong>\u201d).<\/p>\r\n

\r\n\r\n<\/h2>\r\n

1. Data Peribadi Anda<\/h2>\r\n

\r\n\r\n<\/h2>\r\n

1.1 PDPA mentakrifkan Data Peribadi sebagai apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang: (a) sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatic sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu; (b) direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu; atau (c) direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan, yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang subjek data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan pengawal data, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang subjek data itu; tetapi tidak termasuk apa-apa maklumat yang diproses bagi maksud perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Penyerahan Data Peribadi anda adalah secara sukarela sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi tertentu, atau jika Data Peribadi yang diberikan tidak mencukupi atau tidak tepat, kami mungkin tidak dapat memproses permintaan anda, menyediakan produk atau perkhidmatan yang diminta kepada anda, atau sebaliknya memenuhi tujuan yang digariskan dalam Dasar ini.<\/p>\r\n

1.2 Kumpulan Cortina menganggap jenis Data Peribadi tertentu sebagai \u201cdata peribadi sensitif\u201d. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang data peribadi yang terdiri daripada maklumat mengenai kesihatan fizikal atau mental atau keadaan seorang individu, pendapat politik mereka, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, perbuatan atau dakwaan melakukan apa-apa kesalahan, data biometrik atau sebarang data peribadi lain seperti yang ditetapkan di bawah PDPA. Kumpulan Cortina secara amnya tidak mengumpul atau memproses data peribadi sensitif melainkan persetujuan secara nyata telah diperoleh daripada individu tersebut, atau di mana pemprosesan sedemikian dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia. Walau bagaimanapun, sekiranya anda secara sukarela memberikan data peribadi sensitif kepada kami\u2014contohnya, data berkaitan dengan kesihatan seperti maklumat tentang alahan atau penyakit kulit\u2014 pemberian data peribadi sensitif anda akan dianggap sebagai memberi kami persetujuan secara nyata anda melalui kelakuan, untuk mengumpul, menggunakan, dan menzahirkan maklumat tersebut semata-mata untuk tujuan yang diberikan jika munasabah bahawa anda akan memberikan maklumat tersebut secara sukarela,\u00a0 dan mengikut peruntukan PDPA. Kami akan mengendalikan sebarang data peribadi sensitif yang kami terima dengan langkah-langkah \u00a0munasabah dan mematuhi segala keperluan undang-undang yang berkenaan.<\/p>\r\n

1.3 Kami mungkin akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut: (a) tujuan ia dikumpulkan (dan tujuan berkaitan yang dijangkakan secara munasabah oleh anda); (b) tujuan yang telah anda persetujui; atau (c) sebagaimana yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang.<\/p>\r\n

1.4 Bergantung pada sifat interaksi anda dengan kami, beberapa contoh Data Peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda termasuk nama anda, maklumat hubungan seperti alamat, alamat e-mel atau nombor telefon anda, kewarganegaraan, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, gambar serta maklumat audio-visual lain, maklumat pekerjaan, latar belakang pendidikan, dan maklumat tentang penggunaan dan interaksi anda dengan laman web kami. \u00a0<\/p>\r\n

2. Pengumpulan Data Peribadi<\/h2>\r\n

2.1 Kami mungkin mengumpul Data Peribadi daripada pelanggan-pelanggan, rakan-rakan kongsi perniagaan, kontraktor-kontraktor, pekerja-pekerja dan individu-individu lain seperti pemohon-pemohon kerja. Kami hanya akan mengumpul data (a) yang anda berikan, atau dianggap telah memberi persetujuan kepada pengumpulan tersebut; atau (b) pengumpulan itu diperlukan atau dibenarkan di bawah PDPA atau mana-mana undang-undang bertulis lain. 2.2 Kami mengumpul Data Peribadi anda dalam beberapa cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada:<\/p>\r\n