Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Lady-Datejust Collection ⟩ M279174-0015
M279174 0015 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
279174
Bentuk Model
Oyster, 28 mm, Oystersteel dan emas putih
Bezel
Berjejalur
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
2236, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 55 jam
Gelang
Jubilee, penghubung lima keping
Pengancing
Crownclasp lipat terlindung
Dail
Kelabu tua dipasangkan dengan berlian
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut Syloxi dalam silikon dengan geometri terpaten Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M279174 0015 Modelpage Spec Landscape
Dark Grey Dial White Rolesor M279174 0015

Permukaan Kelabu Gelap

Permukaan ini mempunyai berlian dalam tetapan emas 18 karat. Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan permukaan dalam koleksi Oyster Perpetual. Kemasan ini digarap menerusi kemahiran teknik memberus yang menghasilkan alur yang memencar keluar dari tengah permukaan. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan sinaran halus yang unik yang terhasil bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna permukaan diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada permukaan.

Bezel berjejalur

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Lady-Datejust ini.

Fluted Bezel White Rolesor M279174 0015
White Rolesor White Rolesor Steel White Gold

White Rolesor

Emas menjadi rebutan untuk kilauan dan kemasyhurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Bersama-sama, bahan-bahan ini secara harmoni menggabungkan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ia merupakan tunggak koleksi Oyster.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

“Jam tangan klasik, direka untuk wanita.” Inilah cara sesetengah orang mungkin menggambarkan Oyster Perpetual Lady-Datejust kami. Mereka mungkin betul. Sejak awal abad ke-20, Rolex telah mereka bentuk dan membuat jam tangan yang sesuai untuk pergelangan tangan setiap wanita dengan standard kecemerlangan yang sama seperti semua model yang telah membina legenda. Jadi, jika “klasik” bermaksud sentiasa mengejar standard yang lebih tinggi, jika itu bermakna mengekalkan tradisi sambil menggabungkan elegan dengan ketepatan, keanggunan dengan ketahanan, kecantikan dengan prestasi… maka Lady-Datejust sememangnya, jam tangan klasik yang direka untuk wanita.

Rolex Lady-Datejust Rolex Lady-Datejust

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib