Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Cosmograph Daytona Collection ⟩ M126508-0003
M126508 0003 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
126508
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, emas kuning
Bezel
Tetap, ditoreh dengan skala tachymetric dalam 18 karat emas kuning
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, kronograf mekanikal, automatik
Kaliber
4131, buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 72 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Hitam terang dan keemasan bertatahkan berlian
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M126508 0003 Modelpage Spec Landscape
Bright Black And Golden Dial Yellow Gold M126508 0003

Permukaan keemasan dan hitam terang

Model ini menampilkan permukaan hitam terang dan keemasan, bertatahkan berlian dengan pengira berlingkar, penanda dan jarum jam yang dihiasi emas dengan paparan Chromalight, satu bahan pendarkilau yang sangat mudah dibaca. Jarum detik tengah membolehkan bacaan setepat 1/8 saat, manakala dua pembilang pada permukaan memaparkan masa yang berlalu dalam kiraan jam dan minit. Pemandu boleh merancang dengan tepat masa dan taktik mereka dengan jayanya.

Skala takimetri

Dengan skala takimetri, tiga pembilang dan penekan, Cosmograph Daytona direka bentuk untuk menjadi alat pemasa muktamad bagi pemandu perlumbaan ketahanan. Bezel mempunyai skala takimetri untuk membaca kepantasan purata bagi jarak tertentu berdasarkan masa yang berlalu. Skala ini menawarkan keterbacaan yang optimum, menjadikan Cosmograph Daytona sebagai instrumen yang ideal untuk mengukur kepantasan hingga 400 unit sejam yang diukur dalam kilometer atau batu.

The Tachymetric Scale Yellow Gold M126508 0003
18 Ct Yellow Gold Yellow Gold Yellow Gold

Emas kuning 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Gaya yang simbolik dan prestasi superlatif Oyster Perpetual Cosmograph Daytona telah mengukuhkan status ikoniknya di luar litar perlumbaan kereta sukan. Bagi menandakan ulang tahun ke-60 jam tangan ini, Rolex memastikan kesinambungan legenda ini dengan merombak keseluruhan barisan melalui kerja semula berketepatan tinggi yang melibatkan penutup, rupa dan juga gerakan. Pelarasan dan evolusi yang begitu banyak menjadi peringatan bahawa usaha memburu kecemerlangan ialah satu perlumbaan tanpa garis penamat.

Rolex Cosmograph Daytona Rolex Cosmograph Daytona

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib