Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Datejust Collection ⟩ M126200-0020
M126200 0020 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
126200
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 36 mm, Oystersteel
Bezel
Berkubah
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Oysterclasp lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Hijau zaitun, motif palma
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M126200 0020 Modelpage Spec Landscape
Olive Green Dial Oystersteel M126200 0020

Permukaan Hijau Zaitun

Rolex mempunyai pengetahuan dan peralatan yang diperlukan bagi mencipta rupa baharu untuk permukaan jam tangannya secara kerap. Pereka jenama ini mengambil kemasan sinar matahari tradisional – ciri unik permukaan Rolex - sebagai latar belakang untuk mengukir motif dengan laser femtosaat, yang menggunakan denyutan elektromagnet ultrapendek untuk menandai permukaan secara halus. Diinspirasikan oleh pepohon hijau, motif 'palma' menggambarkan dahan palma dengan pelepah bertindih yang menghasilkan kesan cahaya dan bayang.

Oystersteel

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

Oystersteel Oystersteel Steel
The Oyster Bracelet Oystersteel M126200 0020

Rantai Oyster

Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan Oysterclasp dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex. Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Mana-mana hari boleh terpahat dalam kehidupan kita dan menyediakan pentas untuk aspirasi baharu. Sejak dicipta pada tahun 1945, Datejust sentiasa mendapat garapan baharu yang melambangkan makna keanggunan klasik Rolex. Satu sejarah penting tercipta dalam pembuatan jam kerana ini ialah jam tangan kronometer kalis air automatik pertama yang mempunyai tingkap yang memaparkan tarikh. Diperbesar oleh kanta Siklops, angka ini ialah peringatan bahawa walaupun 24 jam menandakan sehari, kitalah yang harus memeriahkan hari tersebut.

Rolex Datejust Rolex Datejust

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib