Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Datejust Collection ⟩ M126333-0005
M126333 0005 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
126333
Bentuk Model
Oyster, 41 mm, Oystersteel dan emas kuning
Bezel
Berjejalur
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Oysterclasp lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Hitam terang dipasangkan dengan berlian
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M126333 0005 Modelpage Spec Landscape
Bright Black Dial Yellow Rolesor M126333 0005

Permukaan hitam terang

Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan permukaan dalam koleksi Oyster Perpetual. Kemasan ini digarap menerusi kemahiran teknik memberus yang menghasilkan alur yang memencar keluar dari tengah permukaan. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan sinaran halus yang unik yang terhasil bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna permukaan diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada permukaan.

Bezel berjejalur

Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Datejust 41 ini.

Fluted Bezel Yellow Rolesor M126333 0005
Yellow Rolesor Yellow Rolesor Steel Yellow Gold

Rolesor kuning

Emas menjadi rebutan untuk kilauan dan kemasyhurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Bersama-sama, bahan-bahan ini secara harmoni menggabungkan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ia merupakan tunggak koleksi Oyster.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN DATEJUST 41 ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada model, sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini memiliki estetika yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Datejust 41 ialah definisi keanggunan klasik. Ketahui lebih lanjut tentang jam tangan ini dan cara menetapkan masa dan tarikh dengan menonton video.

Mana-mana hari boleh terpahat dalam kehidupan kita dan menyediakan pentas untuk aspirasi baharu. Sejak dicipta pada tahun 1945, Datejust sentiasa mendapat garapan baharu yang melambangkan makna keanggunan klasik Rolex. Satu sejarah penting tercipta dalam pembuatan jam kerana ini ialah jam tangan kronometer kalis air automatik pertama yang mempunyai tingkap yang memaparkan tarikh. Diperbesar oleh kanta Siklops, angka ini ialah peringatan bahawa walaupun 24 jam menandakan sehari, kitalah yang harus memeriahkan hari tersebut.

Rolex Datejust Rolex Datejust

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib