Setiap permukaan merupakan karya seni yang teliti. Warna, pantulan dan tekstur permukaan, di samping unsur hiasan dan reka bentuk keseluruhan memberikan keunikan pada jam tangan. Rolex menguasai semua aspek penciptaan dan pengeluaran permukaan secara dalaman. Daripada lakaran awal kepada pemeriksaan akhir, termasuk mewarna atau menampal hias, proses ini melibatkan satu siri langkah dan pengendalian yang memerlukan kepakaran khusus. Sesetengah daripada profesion ini – sebagai contoh, pengenamelan – bermula sejak zaman awal pembuatan jam. Ada profesion yang sudah wujud dalam penggunaan teknologi canggih, seperti percikan magnetron, satu teknik yang rumit untuk mewarnakan bahagian atas permukaan dengan menyadur lapisan bahan yang nipis dalam persekitaran vakum. Pertembungan antara kemahiran tradisional dengan teknologi dalam pembuatan permukaan Rolex sememangnya menghayati falsafah yang menjadi panduan jenama ini: menyasarkan tahap kualiti tertinggi untuk mencapai hasil yang sempurna dan tahan lama.