Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Day-Date Collection ⟩ M228345rbr-0016
M228345rbr 0016 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
228345RBR
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, emas Everose dan berlian
Bezel
Dipasangkan dengan berlian
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3255, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
President, pautan tiga keping separa bulat
Pengancing
Crownclasp lipat terlindung
Dail
Eisenkiesel ditetapkan dengan berlian-berlian
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M228345rbr 0016 Modelpage Spec Landscape
Eisenkiesel Dial Everose Gold M228345rbr 0016

Permukaan eisenkiesel

Permukaan ini mempunyai . Oyster Perpetual Day-Date 40 dipersembahkan dengan permukaan yang diperbuat daripada eisenkiesel, batu hiasan berwarna perang tua yang digunakan oleh jenama itu buat kali pertama pada tahun 2021. Eisenkiesel ialah besi oksida, kuarza berurat halus. Cakera batu yang akan digunakan untuk membuat permukaan dipotong daripada bongkah bahan mentah. Hanya batuan dengan warna dan struktur yang benar-benar memenuhi syarat estetik jenama yang akan dipilih. Batuan ini akan menghiasi permukaan jam tangan Rolex, lantas menerapkan personaliti yang unik.

Bezel bertatahkan berlian

Penatah permata secara halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tatahan emas atau platinum. Selain kualiti batu-batu itu sendiri, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran ketinggian permata yang tepat, orientasi dan kedudukan, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.

Diamond Set Bezel Everose Gold M228345rbr 0016
18 Ct Everose Gold Everose Gold Everose Gold

Emas Everose 18 karat

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN DAY-DATE 40 ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada model, sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini memiliki estetika yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Day-Date 40 ialah jam tangan yang paling berprestij. Ketahui lebih lanjut tentang model ini dan cara menetapkan masa, tarikh dan hari dengan menonton video.

Oyster Perpetual Day-Date 36 baharu menampilkan permukaan yang diperbuat daripada batu hiasan berkilauan yang membangkitkan suasana pantai Mediterranean. Aventurin hijau, karnelian dan firus digandingkan dengan jam tangan masing-masing dalam emas Everose, putih dan kuning 18 karat. Sebagai ungkapan kepakaran Rolex membuat permukaan, jam tangan Day-Date 36 baharu juga merupakan bukti penguasaan menyeluruh jenama itu dalam seni penetapan permata. Gabungan batu, permata dan logam berharga yang luar biasa ini menekankan keistimewaan dan keanggunan jam tangan berprestij ini.

Rolex Day-Date Rolex Day-Date

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib