Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Deepsea Collection ⟩ M136660-0004
M136660 0004 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
136660
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 44 mm, Oystersteel
Bezel
Boleh gilir satu arah senggatan 60 minit, sisipan Cerachrom tahan calar dalam seramik, angka roman dan senggatan disaluti platinum
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 3,900 meter / 12,800 kaki, Injap pelepas Helium
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Kancing keselamatan berlipat Oysterlock dengan sistem sambungan Glidelock Rolex
Dail
Hitam terang
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M136660 0004 Modelpage Spec Landscape
Ceramic Bezel And Luminescent Display Oystersteel M136660 0004

Bezel Seramik dan Paparan Pendarkilau

Bezel bersenggat 60 minit, boleh putar satu arah Rolex Deepsea membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan mereka dengan tepat dan selamat. Jam ini dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang warnanya tidak terjejas oleh sinar ultraungu matahari. Senggatan disalut melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan platinum yang nipis. Permukaan hitam berkilat menampilkan penanda dan jarum jam Chromalight yang besar yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan agar mudah dibaca dalam keadaan gelap.

Permukaan hitam

Paparan Chromalight pendarkilau pada permukaan ialah inovasi yang meningkatkan kebolehlihatan dalam persekitaran gelap dan ini merupakan satu ciri penting bagi penyelam. Penanda jam dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – dan jarum jam serta minit yang lebar membolehkan bacaan serta-merta dan boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang risiko kekeliruan di dalam air.

Black Dial Oystersteel M136660 0004
Oystersteel Oystersteel Steel

Oystersteel

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex Deepsea Rolex Deepsea

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib