Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Sea-Dweller Collection ⟩ M126600-0002
M126600 0002 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
126600
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 43 mm, Oystersteel
Bezel
Boleh gilir satu arah senggatan 60 minit, sisipan Cerachrom tahan calar dalam seramik, angka roman dan senggatan disaluti platinum
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 1,220 meter / 4,000 kaki, Injap pelepas Helium
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan sistem sambungan Glidelock Rolex
Dail
Hitam terang
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M126600 0002 Modelpage Spec Landscape
Ceramic Bezel And Luminescent Display Oystersteel M126600 0002

Bezel Seramik dan Paparan Pendarkilau

Bezel bersenggat 60 minit, boleh putar satu arah Sea-Dweller membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan mereka dengan tepat dan selamat. Jam ini dilengkapi dengan sisipan bezel Cerachrom hitam yang dipatenkan dan dihasilkan oleh Rolex dalam seramik kalis calar yang warnanya tidak terjejas oleh sinar ultraungu matahari. Senggatan disalut melalui proses PVD (Pemendapan Wap Fizikal) dengan lapisan platinum yang nipis. Permukaan hitam berkilat menampilkan penanda dan jarum jam Chromalight yang besar yang dipenuhi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru berpanjangan agar mudah dibaca dalam keadaan gelap.

Permukaan hitam

Permukaan hitam Sea-Dweller mempunyai jarum yang besar dan indeks yang dikhaskan untuk model profesional Rolex. Permukaan itu membawa nama Sea-Dweller dalam warna merah, rujukan kepada model yang pertama. Paparan Chromalight pada permukaan ialah satu inovasi yang menjangkaui sempadan penglihatan dalam persekitaran yang gelap. Cahaya birunya tahan hingga lapan jam dengan kecerahan seragam, iaitu dua kali ganda lebih lama berbanding dengan bahan pendarkilau standard.

Black Dial Oystersteel M126600 0002
Oystersteel Oystersteel Steel

Oystersteel

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Rolex Sea-Dweller Rolex Sea-Dweller

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib