Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Explorer Collection ⟩ M124273-0001
M124273 0001 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
124273
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 36 mm, Oystersteel dan emas kuning
Bezel
Licin
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3230, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Hitam
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M124273 0001 Modelpage Spec Landscape
Black Dial Yellow Rolesor M124273 0001

Permukaan hitam

Permukaan ialah wajah yang unik bagi jam tangan Rolex, iaitu ciri yang paling mencerminkan identiti dan kebolehbacaan. Ciri model Explorer iaitu angka 3, 6 dan 9 diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru yang tahan lama, seperti penanda dan jarum jam. Sepertimana kesemua jam tangan Rolex, permukaan Explorer 36 direka dan dihasilkan sendiri secara dalaman, kebanyakannya menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.

Bezel Halus

Oyster Perpetual Explorer 36 menerapkan semangat yang segar pada garisan polos lagi rapi yang telah lama menjadikan model ini ikonik. Bezel halus dalam emas kuning adalah kukuh lagi elegan, dan begitu serasi dengan warisan Explorer yang ikonik.

Smooth Bezel Yellow Rolesor M124273 0001
Yellow Rolesor Yellow Rolesor Steel Yellow Gold

Rolesor kuning

Emas menjadi rebutan untuk kilauan dan kemasyhurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Bersama-sama, bahan-bahan ini secara harmoni menggabungkan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ia merupakan tunggak koleksi Oyster.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN EXPLORER 36 ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada model, sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini memiliki estetika yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Explorer ialah jam tangan yang penting untuk penjelajahan. Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri jam ini dan cara menetapkan masa dengan menonton video.

Barisan Explorer diperluas dengan ketibaan model 40 mm baharu. Dengan keterbacaan yang dipertingkat, jam tangan ini merangkumi semua kualiti Explorer – salah satu jam tangan alatan pertama jenama ini yang menjadi rujukan sepanjang dekad. Mudah, teguh dan tahan kakisan, Explorer 40 baharu dihasilkan daripada Oystersteel, aloi khusus untuk Rolex. Keharmonian kemasan satin pada penutup tengah, rantai dan pengancing, serta pantulan cahaya daripada sisi penutup ialah garapan baharu pada jam tangan ikonik ini yang menawan.

Rolex Explorer Rolex Explorer

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib