Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Explorer Collection ⟩ M226570-0001
M226570 0001 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
226570
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 42 mm, Oystersteel
Bezel
Tetap, bersenggat 24 jam
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
Kaliber
3285, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Putih
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M226570 0001 Modelpage Spec Landscape
24 Hour Bezel Oystersteel M226570 0001

Bezel 24-jam

Explorer II dilengkapi dengan paparan 24 jam tambahan; jarum khusus yang mengelilingi permukaan dalam format 24 jam berbanding dengan 12 jam yang biasa, menunjuk ke bezel tetap dengan senggatan 24 jam. Fungsi ini membolehkan pemakai membezakan jam waktu siang daripada waktu malam, iaitu satu ciri penting bagi mereka yang menelusuri persekitaran yang sangat gelap seperti gua yang dalam atau tempat yang matahari tidak pernah terbenam seperti di kawasan kutub pada musim panas.

Permukaan putih

Explorer II mempunyai paparan tarikh, jarum 24 jam tambahan berwarna oren dan bezel tetap berserta senggatan 24 jam yang membolehkan pembezaan waktu siang dan malam. Model ini menjadi jam tangan pilihan bagi ahli speleologi, ahli volkanologi dan penjelajah kutub. Penanda jam dan jarum jam mempunyai paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan sinaran biru yang tahan lama.

White Dial Oystersteel M226570 0001
Oystersteel Oystersteel Steel

Oystersteel

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN EXPLORER II ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada model, sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini memiliki estetika yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Explorer II merupakan jam tangan yang ideal untuk segenap ceruk dunia. Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri jam ini dan cara menetapkan tarikh, dua zon waktu atau masa dalam format 24 jam dengan menonton video.

Barisan Explorer diperluas dengan ketibaan model 40 mm baharu. Dengan keterbacaan yang dipertingkat, jam tangan ini merangkumi semua kualiti Explorer – salah satu jam tangan alatan pertama jenama ini yang menjadi rujukan sepanjang dekad. Mudah, teguh dan tahan kakisan, Explorer 40 baharu dihasilkan daripada Oystersteel, aloi khusus untuk Rolex. Keharmonian kemasan satin pada penutup tengah, rantai dan pengancing, serta pantulan cahaya daripada sisi penutup ialah garapan baharu pada jam tangan ikonik ini yang menawan.

Rolex Explorer Rolex Explorer

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib