Explorer II dilengkapi dengan paparan 24 jam tambahan; jarum khusus yang mengelilingi permukaan dalam format 24 jam berbanding dengan 12 jam yang biasa, menunjuk ke bezel tetap dengan senggatan 24 jam. Fungsi ini membolehkan pemakai membezakan jam waktu siang daripada waktu malam, iaitu satu ciri penting bagi mereka yang menelusuri persekitaran yang sangat gelap seperti gua yang dalam atau tempat yang matahari tidak pernah terbenam seperti di kawasan kutub pada musim panas.