Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Lady-Datejust Collection ⟩ M279160-0006
M279160 0006 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
279160
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 28 mm, Oystersteel
Bezel
Berkubah
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
2236, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 55 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Oysterclasp lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Perak
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut Syloxi dalam silikon dengan geometri terpaten Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M279160 0006 Modelpage Spec Landscape
Silver Dial Oystersteel M279160 0006

Permukaan perak

Kemasan sinaran cahaya matahari menghasilkan pantulan cahaya yang halus pada kebanyakan permukaan dalam koleksi Oyster Perpetual. Kemasan ini digarap menerusi kemahiran teknik memberus yang menghasilkan alur yang memencar keluar dari tengah permukaan. Cahaya meresap secara konsisten di sepanjang setiap ukiran, mewujudkan sinaran halus yang unik yang terhasil bergantung pada kedudukan pergelangan tangan. Setelah kemasan sinaran cahaya matahari selesai, warna permukaan diterapkan menggunakan Pemendapan Wap Fizikal atau pengelektrosaduran. Lapisan varnis yang nipis memberikan penampilan akhir pada permukaan.

Oystersteel

Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.

Oystersteel Oystersteel Steel
The Oyster Bracelet Oystersteel M279160 0006

Rantai Oyster

Rantai Oyster ialah keajaiban bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi yang sempurna, yang direka untuk menjadi teguh dan selesa. Ia dilengkapi dengan Oysterclasp dan pautan sambungan keselesaan Easylink yang juga eksklusif untuk Rolex. Sistem yang bijak ini membolehkan pemakai memanjangkan lagi panjang rantai sehingga kira-kira 5 mm agar dapat memberikan keselesaan tambahan dalam apa jua keadaan.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

“Jam tangan klasik, direka untuk wanita.” Inilah cara sesetengah orang mungkin menggambarkan Oyster Perpetual Lady-Datejust kami. Mereka mungkin betul. Sejak awal abad ke-20, Rolex telah mereka bentuk dan membuat jam tangan yang sesuai untuk pergelangan tangan setiap wanita dengan standard kecemerlangan yang sama seperti semua model yang telah membina legenda. Jadi, jika “klasik” bermaksud sentiasa mengejar standard yang lebih tinggi, jika itu bermakna mengekalkan tradisi sambil menggabungkan elegan dengan ketepatan, keanggunan dengan ketahanan, kecantikan dengan prestasi… maka Lady-Datejust sememangnya, jam tangan klasik yang direka untuk wanita.

Rolex Lady-Datejust Rolex Lady-Datejust

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib