Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Sky-Dweller Collection ⟩ M336238-0002
M336238 0002 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
336238
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 42 mm, emas kuning
Bezel
Ring Command Rolex berjejalur, boleh putar dwiarah
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, dua zon masa, kalendar tahunan
Kaliber
9002, buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 72 jam
Gelang
Oysterflex
Pengancing
Oysterclasp lipat dengan sistem sambungan Glidelock Rolex
Dail
Hitam terang
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut Parachrom biru paramagnetik. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M336238 0002 Modelpage Spec Landscape
The Oysterflex Bracelet Yellow Gold M336238 0002

Rantai Oysterflex

Rantai Oysterflex Sky-Dweller baharu, dibangunkan dan dipatenkan oleh Rolex, menawarkan gaya alternatif untuk rantai logam. Rantai ini melekat pada penutup jam tangan dan Oysterclasp menggunakan bilah titanium dan aloi nikel yang mudah lentur. Bilah ini disepadukan dengan elastomer hitam berprestasi tinggi yang sangat tahan terhadap kesan alam sekitar, sangat tahan lama dan bersifat lengai bagi pemakai jam tangan. Untuk meningkatkan keselesaan, bahagian dalam rantai Oysterflex dilengkapi dengan sistem kusyen membujur yang dipatenkan yang menstabilkan jam tangan pada pergelangan tangan dan dipasang dengan Oysterclasp emas kuning 18 karat. Ia juga bercirikan sistem sambungan Glidelock Rolex yang direka dan dipatenkan oleh Rolex. Mekanisme bergigi inventif yang diintegrasikan di bawah pengancing ini membolehkan pelarasan halus panjang rantai sebanyak kira-kira 15 mm dengan peningkatan sekitar 2.5 mm tanpa menggunakan alatan.

Emas kuning 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.

18 Ct Yellow Gold Yellow Gold Yellow Gold
Bright Black Dial Yellow Gold M336238 0002

Permukaan hitam terang

Segi tiga merah terbalik yang tetap pada permukaan menunjuk ke masa rujukan yang dipilih – masa di rumah atau di tempat kerja biasa pengembara – di atas cakera 24 jam di luar pusat. Sekilas pandang, paparan 24 jam ini jelas membezakan jam waktu siang dengan jam waktu malam dalam zon masa yang lain. Permukaan itu kini mempunyai penanda jam indeks segi empat tepat dan jarum yang lebih panjang, serta paparan Chromalight dengan pendarkilau yang tahan lama untuk meningkatkan keterbacaan.

Satu segi empat tepat yang dalam berwarna merah pada satu daripada 12 tetingkap di sekitar permukaan menunjukkan bulan semasa dan ini merupakan satu ciri kalendar tahunan Saros yang menyerlah. Mekanisme cerdas ini memudahkan kehidupan pemakai jam tangan yang tidak lagi perlu memikirkan untuk melakukan pelarasan tarikh pada hujung bulan 30 hari. Kalendar tahunan memaparkan tarikh yang betul sepanjang tahun. Hanya satu pelarasan diperlukan – pada 1 Mac (Februari hanya mempunyai 28 atau 29 hari). Tarikh disambungkan ke masa tempatan dan berubah secara automatik mengikut zon masa tempatan pengembara.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Dengan dua zon waktu dan kalendar tahunan, Sky-Dweller ialah peneman yang elegan dan dipercayai untuk pengembara. Barisan ini telah dikemas kini dengan pelbagai penambahbaikan yang membuktikan bahawa, bagi Rolex, kecemerlangan ditekankan walaupun dalam perincian terkecil. Hiasan estetik diperkenalkan pada versi baharu dalam barisan model ini. Malah, jam tangan ini mengandungi evolusi teknikal yang memperkenalkan gerakan yang dilengkapi dengan kemajuan terkini dalam teknologi Rolex.

Rolex Sky-Dweller Rolex Sky-Dweller

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib