Segi tiga merah terbalik yang tetap pada permukaan menunjuk ke masa rujukan yang dipilih – masa di rumah atau di tempat kerja biasa pengembara – di atas cakera 24 jam di luar pusat. Sekilas pandang, paparan 24 jam ini jelas membezakan jam waktu siang dengan jam waktu malam dalam zon masa yang lain. Permukaan itu kini mempunyai penanda jam indeks segi empat tepat dan jarum yang lebih panjang, serta paparan Chromalight dengan pendarkilau yang tahan lama untuk meningkatkan keterbacaan.
Satu segi empat tepat yang dalam berwarna merah pada satu daripada 12 tetingkap di sekitar permukaan menunjukkan bulan semasa dan ini merupakan satu ciri kalendar tahunan Saros yang menyerlah. Mekanisme cerdas ini memudahkan kehidupan pemakai jam tangan yang tidak lagi perlu memikirkan untuk melakukan pelarasan tarikh pada hujung bulan 30 hari. Kalendar tahunan memaparkan tarikh yang betul sepanjang tahun. Hanya satu pelarasan diperlukan – pada 1 Mac (Februari hanya mempunyai 28 atau 29 hari). Tarikh disambungkan ke masa tempatan dan berubah secara automatik mengikut zon masa tempatan pengembara.