Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Submariner Collection ⟩ M126613ln-0002
M126613ln 0002 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
126613LN
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 41 mm, Oystersteel dan emas kuning
Bezel
Boleh gilir searah bersenggat 60 minit, sisispan Cerachrom tahan calar dalam seramik, angka roman dan senggatan disaluti dengan emas
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 300 meter / 1000 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan sistem sambungan Glidelock Rolex
Dail
Hitam
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M126613ln 0002 Modelpage Spec Landscape
Unidirectional Rotatable Bezel Yellow Rolesor M126613ln 0002

Bezel Boleh Putar Dwiarah

Bezel boleh putar Submariner ialah kunci kepada fungsi jam tangan ini. Senggatan 60 minit membolehkan penyelam memantau masa selaman serta penyahmampatan berhenti dengan tepat dan selamat. Dihasilkan oleh Rolex daripada seramik keras dan tahan karat, sisipan bezel Cerachrom adalah amat tahan karat. Kapsul pendarkilau pada penanda sifar memudahkan pembacaan, tidak kira betapa gelap persekitarannya. Bezel dengan tombol-tombol kecil direka dengan cermat untuk menawarkan cengkaman yang sangat baik dalam air, walaupun menggunakan sarung tangan.

Permukaan hitam

Paparan Chromalight pendarkilau pada permukaan ialah inovasi yang meningkatkan kebolehlihatan dalam persekitaran gelap dan ini merupakan satu ciri penting bagi penyelam. Penanda jam dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – dan jarum jam serta minit yang lebar membolehkan bacaan serta-merta dan boleh dipercayai untuk mengelakkan sebarang risiko kekeliruan di dalam air.

Black Dial Yellow Rolesor M126613ln 0002
Yellow Rolesor Yellow Rolesor Steel Yellow Gold

Rolesor kuning

Emas menjadi rebutan untuk kilauan dan kemasyhurannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Bersama-sama, bahan-bahan ini secara harmoni menggabungkan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ia merupakan tunggak koleksi Oyster.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN SUBMARINER ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada model, sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini memiliki estetika yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual Submariner merupakan rujukan bagi jenis jam tangan penyelam. Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri jam ini dan cara menetapkan masa dengan menonton video.

Dilancarkan pada tahun 1953, Rolex Submariner merupakan jam tangan penyelam pertama yang kalis air hingga kedalaman 100 meter (330 kaki) – kini 300 meter (1,000 kaki). Ciri utama jam ini seperti bezel boleh putar bersenggat, paparan pendarkilau, jarum dan penanda jam yang besar telah menjadi pendorong dalam penciptaan rangkaian jam tangan penyelam Rolex seterusnya. Submariner ialah jam tangan ikonik yang kini terkenal menjangkaui dunia profesional yang mula-mula direka untuknya. Submariner, standard muktamad.

Rolex Submariner Rolex Submariner

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib