Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Yacht-Master Collection ⟩ M226627-0001
M226627 0001 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
226627
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 42 mm, titanium RLX
Bezel
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit dengan sisipan Cerachrom hitam kusam dalam seramik, angka dan senggatan yang timbul digilap
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Hitam terang
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M226627 0001 Modelpage Spec Landscape
Bidirectional Rotatable Bezel Rlx Titanium M226627 0001

Bidirectional Rotatable Bezel

Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang timbul dan digilap jelas menonjol dengan permukaan jam yang kusam dan berpasir. Bezel berfungsi ini – yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran di antara dua boya – juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.

Permukaan hitam terang

Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, Yacht-Master 42menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya kegelapan disebabkan adanya paparan Chromalight. Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.

Intense Black Dial Rlx Titanium M226627 0001
Rlx Titanium Rlx Titanium Titanium

RLX titanium

RLX titanium ialah sejenis aloi titanium gred 5 yang dipilih khas oleh Rolex. Seperti semua aloi titanium, bahan ini sangat ringan dan terkenal dengan kekuatan mekanikal dan tahan kakisan. Satu lagi ciri RLX titanium ialah sifat yang boleh digilap atau diterapkan kemasan satin mengikut spesifikasi jenama. Kekuatan mekanikal yang tinggi menyulitkan penempaan dan keputusan untuk menggunakan aloi ini memerlukan proses penghasilan khas.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Ringan dan teguh, Oyster Perpetual Yacht-Master 42 baharu dalam titanium RLX ialah pendamping bagi mereka yang inginkan kebebasan dalam pergerakan. Amat sesuai sekali dengan permintaan dan cabaran lumba layar, kecemerlangan pembuatan jam tangan ini menyumbang kepada prestasi sukan. Yacht-Master 42 ialah jam tangan kedua dalam titanium RLX yang dikeluarkan oleh Rolex selepas Oyster Perpetual Deepsea Challenge, mengesahkan bahawa keringanan ialah kualiti yang harus diambil serius.

Rolex Yacht-Master Rolex Yacht-Master

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib