Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex GMT-Master II Collection ⟩ M126719blro-0002
M126719blro 0002 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
126719BLRO
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, emas putih
Bezel
Bezel dwiarah boleh gilir senggatan 24 jam. Dua warna biru dan sisipan Cerachrom merah dalam seramik, dibentu angka-angka dan senggatan
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
Kaliber
3285, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padat
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan 5 mm sambungan pautan yang selesa
Dail
Meteorit
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M126719blro 0002 Modelpage Spec Landscape
Meteorite Dial White Gold M126719blro 0002

Permukaan Meteorit

Model ini ialah satu-satunya GMT-Master II dengan permukaan meteorit. Meteorit datang dari pusat asteroid atau mungkin juga dari planet yang telah meletup, menyebabkan bahan itu tersebar ke seluruh Sistem Suria, sehingga memasuki orbit planet kita dan akhirnya ditarik masuk ke Bumi oleh graviti. Semasa perjalanan, pusat meteorit itu berubah secara beransur-ansur dan menghasilkan corak metalik yang sangat luar biasa disebabkan oleh penyejukan teras asteroid yang sangat perlahan. Para pereka di Rolex mengambil konfigurasi ini dalam penciptaan khazanah yang unik untuk beberapa model yang berprestij, termasuk model GMT-Master II ini.

Bezel Boleh Putar 24 Jam

Model ini mempunyai permukaan meteorit dan Sisipan bezel cerachrom dalam seramik merah dan biru dua warna. Di samping jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan masa rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui pusingan putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.

24 Hour Rotatable Bezel White Gold M126719blro 0002
18 Ct White Gold White Gold White Gold

Emas putih 18 karat

Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

CARA MENETAPKAN GMT-MASTER II ANDA

Sinonim dengan keunggulan dan kebolehpercayaan, jam tangan Rolex direka untuk dipakai setiap hari, dan bergantung pada model, sangat sesuai untuk pelbagai jenis sukan dan aktiviti lain. Dibina untuk bertahan, jam tangan ini memiliki estetika yang tersendiri dan abadi. Oyster Perpetual GMT-Master II ialah jam tangan yang sesuai untuk merentasi dunia. Ketahui lebih lanjut tentang ciri-ciri jam ini dan cara menetapkan masa dan dua zon waktu dengan menonton video.

Membenarkan pemakai menjejaki peredaran masa dalam zon waktu lain, GMT-Master II menyerlahkan hubungan kita dengan dunia. Model ini kini boleh didapati dalam dua versi baharu – emas kuning 18 karat dan Rolesor kuning – dengan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik kelabu dan hitam, kombinasi warna serba baharu. Ketukangan terunggul dibuktikan dengan pilihan bahan dan ketepatan kemasan, yang disatukan untuk menyerlahkan pencahayaan jam tangan yang terbaik. Kontras yang harmoni antara rantai Jubilee emas yang berkilauan dan bezel dua warna dengan ton gelap halus menggamit aura sinaran matahari serta pertukaran siang dan malam.

Rolex GMT-Master II Rolex GMT-Master II

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib