Trid492273118127963evpageviewnoscript1
RolexRolex Yacht-Master Collection ⟩ M126655-0002
M126655 0002 Modelpage Spec Portrait
Rujukan
126655
Butiran
Paparan Chromalight yang sangat mudah dibaca dengan pendarkilau biru tahan lama
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, emas Everose
Bezel
Dwiarah boleh gilir senggatan 60 minit bezel dengan sisipan Cerachrom hitam kusam dalam seramik, angka roman yang timbul dan senggatan digilap.
Ketahanan Air
Kalis air sehingga 100 meter / 330 kaki
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
Kaliber
3235, Buatan Rolex
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
Gelang
Oysterflex
Pengancing
Pengancing keselamatan Oysterlock lipat dengan sistem sambungan Glidelock Rolex
Dail
Hitam terang
Persijilan
Kronometer Superlatif (COSC + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Pemutaran
Dwiarah automatik melalui rotor Perpetual
Ketepatan
-2/+2 saat/hari, selepas dibuka
Pengayun
Pegas rambut paramagnet Parachrom biru. Penyerap kejutan Paraflex berprestasi tinggi
M126655 0002 Modelpage Spec Landscape
The Oysterflex Bracelet Everose Gold M126655 0002

Rantai Oysterflex

Rantai Oysterflex Yacht-Master baharu, dibangunkan dan dipatenkan oleh Rolex, menawarkan gaya alternatif untuk rantai logam. Rantai ini melekat pada penutup jam tangan dan pengancing keselamatan Oysterlock menggunakan bilah titanium dan aloi nikel yang mudah lentur. Bilah ini disepadukan dengan elastomer hitam berprestasi tinggi yang sangat tahan terhadap kesan alam sekitar, sangat tahan lama dan bersifat lengai bagi pemakai jam tangan. Untuk meningkatkan keselesaan, bahagian dalam rantai Oysterflex dilengkapi dengan sistem kusyen membujur yang dipatenkan yang menstabilkan jam tangan pada pergelangan tangan dan dipasang dengan pengancing keselamatan Oysterlock emas Everose 18 karat. Ia juga bercirikan sistem sambungan Glidelock Rolex yang direka dan dipatenkan oleh Rolex. Mekanisme bergigi inventif yang diintegrasikan di bawah pengancing ini membolehkan pelarasan halus panjang rantai sebanyak kira-kira 15 mm dengan peningkatan sekitar 2.5 mm tanpa menggunakan alatan.

Emas Everose 18 karat

Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.

18 Ct Everose Gold Everose Gold Everose Gold
Bidirectional Rotatable Bezel Everose Gold M126655 0002

Bidirectional Rotatable Bezel

Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 60 minit Yacht-Master diperbuat sepenuhnya daripada logam berharga atau dipasang dengan sisipan Cerachrom dalam seramik berteknologi tinggi. Angka dan senggatan yang timbul dan digilap jelas menonjol dengan permukaan jam yang kusam dan berpasir. Bezel berfungsi ini – yang membolehkan pemakai mengira, sebagai contoh, masa pelayaran di antara dua boya – juga merupakan komponen penting dalam identiti visual khas model.

Models Availability

Ketersediaan Model

Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi daripada kapasiti ini.

Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas menguruskan pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.

Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat mengenai ketersediaan jam tangan Rolex.

Ringan dan teguh, Oyster Perpetual Yacht-Master 42 baharu dalam titanium RLX ialah pendamping bagi mereka yang inginkan kebebasan dalam pergerakan. Amat sesuai sekali dengan permintaan dan cabaran lumba layar, kecemerlangan pembuatan jam tangan ini menyumbang kepada prestasi sukan. Yacht-Master 42 ialah jam tangan kedua dalam titanium RLX yang dikeluarkan oleh Rolex selepas Oyster Perpetual Deepsea Challenge, mengesahkan bahawa keringanan ialah kualiti yang harus diambil serius.

Rolex Yacht-Master Rolex Yacht-Master

Hubungi Kami

Sila nyatakan mod pilihan untuk kami menghubungi anda dan kami akan memberikan maklum balas secepat mungkin.

dan/atau
* Wajib