Rolex Oyster Perpetual 41 Oyster, 41 mm, Oystersteel dan emas kuning M134303-0001
RM41,750

-
Rujukan
134303
-
Bentuk Model
Oyster, 41 mm, Oystersteel dan emas kuning
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Berkubah
-
Dial
Batu metamorfik
-
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padu
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
-
Kaliber
3230, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Permukaan Batu Metamorfik
Pada permukaan batu metamorfik– warna baharu untuk rangkaian Oyster Perpetual – tulisan ‘100 years’ tertera pada pukul 6 bagi menggantikan tanda ‘Switzerland Made’ yang biasa. Selain itu, setiap selang lima minit pada landasan minit ditandakan dengan segi empat sama hijau, manakala nama ‘Rolex’ dicetak dengan warna hijau yang sama, iaitu warna lambang jenama ini.
Rolesor kuning
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini teradun sebati dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster Perpetual.
Rantai Oyster
Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi. Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Oyster Perpetual, model ini M134303-0001.










