Rolex Oyster Perpetual 28 Oyster, 28 mm, emas kuning M276208-0002
RM130,150

-
Rujukan
276208
-
Bentuk Model
Oyster, 28 mm, emas kuning
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Melengkung
-
Dial
Green stone
-
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padu
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
-
Kaliber
2232, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 55 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Permukaan green stone
Pada permukaan lakuer Oyster Perpetual 28, tiga penanda jam – iaitu pada pukul 3, 6 dan 9 – diperbuat daripada batu semula jadi, yang pertama untuk Rolex. Heliotrop menampilkan aneka rona hijau dengan potongan ogif pada permukaan atas, yang menonjolkan struktur dan warna yang tersendiri sambil menghalang pantulan walaupun sedikit.
Emas kuning 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.
Rantai Oyster
Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi. Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Oyster Perpetual, model ini M276208-0002.










