Rolex Cosmograph Daytona Oyster, 40 mm, emas kuning dan berlian M126538TBR-0004
RM606,500

-
Rujukan
126538TBR
-
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, emas kuning dan berlian
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Bertatahkan berlian
-
Dial
Cincin pembilang hitam terang dan keemasan bertatahkan berlian
-
Gelang
Oysterflex
-
Pergerakan
Perpetual, kronograf mekanikal, automatik
-
Kaliber
4131, buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 72 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Rantai Oysterflex
Cosmograph Daytona versi emas 18 karat dengan bezel Cerachrom boleh didapati dengan rantai Oysterflex. Dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan, rantai ini secara unik menggabungkan ketahanan rantai logam dengan keselesaan rantai elastomer. Rantai ini terdiri daripada dua bilah logam melengkung yang fleksibel – satu dalam setiap bahagian rantai – dibentuk dengan elastomer hitam berprestasi tinggi. Untuk memberikan keselesaan optimum, rantai Oysterflex dilengkapi dengan kusyen di bahagian dalam dan pengancing keselamatan Oysterlock untuk mengelak daripada terbuka. Panjang rantai boleh dilaraskan melalui sistem sambungan Glidelock Rolex yang bijak.
Emas kuning 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.
Permukaan emas
Model ini menampilkan permukaan keemasan, bertatahkan berlian dengan pembilang berbentuk siput, penanda jam tampal hias emas 18 karat dan jarum dengan paparan Chromalight, satu bahan pendarkilau yang sangat mudah dibaca. Permukaan membolehkan pemandu memetakan masa dan taktik trek mereka dengan tepat dan sempurna.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Cosmograph Daytona, model ini M126538TBR-0004.










