Rolex Oyster Perpetual 41 Oyster, 41 mm, Oystersteel M134300-0010
RM30,550

-
Rujukan
134300
-
Bentuk Model
Oyster, 41 mm, Oystersteel
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Berkubah
-
Dial
Motif Jubilee pelbagai warna
-
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padu
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
-
Kaliber
3230, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Permukaan aneka warna
Dengan cara yang paling halus namun moden, permukaan Oyster Perpetual 41 menerapkan kembali motif Jubilee yang diperkenalkan pada akhir tahun 1970-an, yang sejak itu telah menjadi ikonik. Huruf-huruf nama Rolex dipaparkan dalam interaksi kontras antara tidak kurang daripada sepuluh warna. Penghasilan corak ini begitu mencabar kerana warna-warna tidak diterapkan sekali gus, tetapi satu demi satu. Ketepatan tertinggi juga diperlukan untuk memastikan semua bentuk dan huruf yang membentuk motif diletakkan dengan sempurna.
Oystersteel
Rolex menggunakan Oystersteel untuk penutup jam tangan keluli. Direka khas oleh Rolex, Oystersteel tergolong dalam keluarga keluli 904L, iaitu aloi yang paling biasa digunakan dalam teknologi tinggi dan industri ruang angkasa serta kimia, di mana rintangan maksimum terhadap kakisan adalah penting. Oystersteel sangat tahan dan ia menawarkan kemasan luar biasa apabila digilap dan mengekalkan kilauan walaupun dalam persekitaran yang paling sukar.
Rantai Oyster
Rantai Oyster ialah gabungan sempurna dari segi bentuk dan fungsi, estetika dan teknologi. Kali pertama diperkenalkan pada hujung tahun 1930-an, rantai logam yang sangat teguh dan selesa dengan pautan tiga keping yang rata dan lebar ini kekal menjadi rantai yang paling universal dalam koleksi Oyster. Untuk model Oyster Perpetual, rantai Oyster dilengkapi dengan Oysterclasp.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Oyster Perpetual, model ini M134300-0010.










