Rolex Oyster Perpetual 28 28 mm, 18 ct yellow gold M276248RBR-0001
RM155,400

-
Rujukan
276248RBR
-
Bentuk Model
Oyster, 28 mm, emas kuning dan berlian
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Bertatahkan 44 berlian potongan cemerlang
-
Dial
Biru firus bertatahkan berlian
-
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padu
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
-
Kaliber
2232, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 55 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Permukaan biru firus
Permukaan ini mempunyai penanda jam dalam emas 18 karat pada pukul 3, 6 dan 9, bertatahkan 9 berlian. Warna yang dicipta untuk rangkaian Oyster Perpetual bermula daripada lakuer, yang harus disapu dengan teliti dalam persekitaran atmosfera terkawal bagi mengelakkan habuk dan pencemaran lain. Plat loyang bagi tapak permukaan disapu dengan lapisan demi lapisan lakuer, enam kesemuanya, untuk membentuk permukaan yang sekata dan seragam. Langkah terakhir adalah memvarnis dan menggilap untuk menyerlahkan lagi kecerahan dan kedalaman warna. Pelbagai inskripsi kemudiannya diukir secara percetakan pad serta penanda jam dan pemutar jam dipasang menggunakan tangan. Permukaan yang berkilau sempurna, kini sedia untuk diletakkan di atas gerakan pada fasa pemasangan jam tangan.
Bezel bertatahkan berlian
Penatah permata secara halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tatahan emas atau platinum. Selain kualiti batu-batu itu sendiri, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran ketinggian permata yang tepat, orientasi dan kedudukan, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Emas kuning 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Oyster Perpetual, model ini M276248RBR-0001.










