
Selama hampir satu abad, Rolex telah membangunkan perkongsian dengan koleksi bakat yang pelbagai dan luar biasa daripada pelbagai disiplin. Jenama ini dikaitkan dengan penerokaan, sukan elit dan seni, serta pelbagai acara dan organisasi.

Katamaran aerodinamik ultraringan. Perlumbaan hebat di lautan merentasi lima benua. Pengalaman unik untuk orang ramai. Rolex SailGP Championship, dengan Rolex sebagai Rakan Kongsi Perdana dan Jam Tangan Rasmi, telah merevolusikan perlumbaan kapal layar dan mendorong masa hadapan lumba layar.

Menguasai kuasa mekanik untuk menongkah aliran masa. Mengawal risiko untuk menentukan trajektori yang ideal. Dan menggapai kejayaan. Rolex merupakan rakan kongsi utama kejohanan ketahanan legenda, acara paling simbolik dan nama terkemuka dalam sukan permotoran.