Rolex GMT-Master II Oyster, 40 mm, emas Everose M126715CHNR-0002
RM238,300

-
Rujukan
126715CHNR
-
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, emas Everose
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Dua warna perang dan sisipan Cerachrom hitam dalam seramik, dibentu angka-angka dan senggatan
-
Dial
Besi harimau
-
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padu
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
-
Kaliber
3285, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Besi harimau
GMT-Master II ini menampilkan permukaan besi harimau. Batu metamorf yang digunakan oleh Rolex buat kali pertama pada jam tangan ini memiliki struktur yang kompleks Terdiri daripada tiga mineral – mata harimau, jasper merah dan hematit perak – ini ialah batu permata yang memantulkan warna emas dan jingga. Melalui pemilihan dan pemasangan yang teliti, batu ini berpadu secara harmoni dengan warna penutup dan rantai.
Bezel Boleh Putar 24 Jam
Model ini mempunyai permukaan besi harimau dan Sisipan bezel cerachrom dalam seramik perang dan hitam dua warna. Di samping jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan waktu rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.
Emas Everose 18 karat
Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan GMT-Master II, model ini M126715CHNR-0002.










