Rolex Cosmograph Daytona 40 mm, 18 ct Everose gold M126505-0005
RM256,200

-
Rujukan
126505
-
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, emas Everose
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Tetap dengan torehan skala tachymetric dalam 18 Karat emas Everose.
-
Dial
Coklat terang dan hitam
-
Gelang
Oyster, pautan tiga keping padu
-
Pergerakan
Perpetual, kronograf mekanikal, automatik
-
Kaliber
4131, buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 72 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Skala takimetri
Dengan skala takimetri, tiga pembilang dan penekan, Cosmograph Daytona direka bentuk untuk menjadi alat pemasa muktamad bagi pemandu perlumbaan ketahanan. Bezel mempunyai skala takimetri untuk membaca kepantasan purata bagi jarak tertentu berdasarkan masa yang berlalu. Skala ini menawarkan keterbacaan yang optimum, menjadikan Cosmograph Daytona sebagai instrumen yang ideal untuk mengukur kepantasan hingga 400 unit sejam yang diukur dalam kilometer atau batu.
Permukaan coklat
Model ini menampilkan permukaan coklat dan hitam dengan pembilang berbentuk siput, penanda jam tampal hias emas 18 karat dan jarum dengan paparan Chromalight, satu bahan pendarkilau yang sangat mudah dibaca. Permukaan membolehkan pemandu memetakan masa dan taktik trek mereka dengan tepat dan sempurna.
Emas Everose 18 karat
Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Cosmograph Daytona, model ini M126505-0005.










