Rolex Cosmograph Daytona Oyster, 40 mm, emas Everose M126515LN-0006
RM184,900

-
Rujukan
126515LN
-
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, emas Everose
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Bezel monoblok Cerachrom hitam dalam seramik dengan dibentu skala tachymetri
-
Dial
Sundust dan hitam terang
-
Gelang
Oysterflex
-
Pergerakan
Perpetual, kronograf mekanikal, automatik
-
Kaliber
4131, buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 72 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Rantai Oysterflex
Cosmograph Daytona versi emas 18 karat dengan bezel Cerachrom boleh didapati dengan rantai Oysterflex. Dibangunkan oleh Rolex dan dipatenkan, rantai ini secara unik menggabungkan ketahanan rantai logam dengan keselesaan rantai elastomer. Rantai ini terdiri daripada dua bilah logam melengkung yang fleksibel – satu dalam setiap bahagian rantai – dibentuk dengan elastomer hitam berprestasi tinggi. Untuk memberikan keselesaan optimum, rantai Oysterflex dilengkapi dengan kusyen di bahagian dalam dan pengancing keselamatan Oysterlock untuk mengelak daripada terbuka. Panjang rantai boleh dilaraskan melalui sistem sambungan Glidelock Rolex yang bijak.
Emas Everose 18 karat
Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.
Permukaan Sundust dan hitam terang
Model ini menampilkan permukaan Sundust dan hitam terang dengan pembilang berbentuk siput, penanda jam tampal hias emas 18 karat dan jarum dengan paparan Chromalight, satu bahan pendarkilau yang sangat mudah dibaca. Permukaan membolehkan pemandu memetakan masa dan taktik trek mereka dengan tepat dan sempurna.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Cosmograph Daytona, model ini M126515LN-0006.










