Rolex Day-Date 36 Oyster, 36 mm, emas Everose M128235-0068
RM245,000

-
Rujukan
128235
-
Bentuk Model
Oyster, 36 mm, emas Everose
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Berjejalur
-
Dial
Aventurin hijau bertatahkan berlian
-
Gelang
President, pautan tiga keping separa bulat
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
-
Kaliber
3255, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Permukaan aventurin hijau
Permukaan ini mempunyai penanda jam dalam emas 18 karat yang bertatahkan 32 berlian, dan Roman VI dan IX dalam 18 karat emas yang bertatahkan 24 berlian. Bahan ini dipotong daripada aventurin hijau, batu dengan permukaan yang terhablur dengan cantik.Permukaan ialah wajah yang unik bagi jam tangan Rolex, iaitu ciri yang paling mencerminkan identiti dan kebolehbacaan. Dicirikan oleh penanda jam yang dibentuk daripada emas untuk mencegah kekusaman, setiap permukaan Rolex direka dan dibuat secara dalaman dan sebahagian besarnya dibuat dengan menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.
Bezel berjejalur
Bezel berjejalur Rolex ialah lambang kelainan. Pada asalnya, jejalur bezel Oyster mempunyai tujuan fungsian: digunakan untuk memasang bezel pada penutup bagi memastikan jam tangan itu kalis air. Oleh itu, jejalur ini sama dengan jejalur penutup belakang yang juga diskrukan pada penutup supaya kalis air dengan menggunakan alatan khusus Rolex. Lama-kelamaan, jejalur itu menjadi elemen estetik, satu ciri asli yang menjadi tanda pengenalan Rolex. Kini, bezel berjejalur ialah satu tanda kelainan, dalam emas pada Day-Date 36 ini.
Emas Everose 18 karat
Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, emas Everose 18 karat digunakan di semua model Rolex Oyster dalam emas merah jambu.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Day-Date, model ini M128235-0068.










