Rolex Day-Date 36 Oyster, 36 mm, emas kuning dan berlian M128348RBR-0050
RM569,500

-
Rujukan
128348RBR
-
Bentuk Model
Oyster, 36 mm, emas kuning dan berlian
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Bertatahkan berlian
-
Dial
Karnelian bertatahkan permata
-
Gelang
Set berlian President
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
-
Kaliber
3255, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Permukaan karnelian
Permukaan ini mempunyai penanda jam dalam emas 18 karat yang bertatahkan 32 berlian, dan Roman VI dan IX dalam 18 karat emas yang bertatahkan 24 berlian. Bahan ini dipotong daripada karnelian, batu berwarna jingga bercirikan garisan pelbagai bentuk dan saiz yang membentuk corak kameo yang berseni.Permukaan ialah wajah yang unik bagi jam tangan Rolex, iaitu ciri yang paling mencerminkan identiti dan kebolehbacaan. Dicirikan oleh penanda jam yang dibentuk daripada emas untuk mencegah kekusaman, setiap permukaan Rolex direka dan dibuat secara dalaman dan sebahagian besarnya dibuat dengan menggunakan tangan untuk memastikan kesempurnaan.
Bezel bertatahkan berlian
Penatah permata secara halus mengukir logam berharga dengan tangan agar setiap batu permata terbenam dengan sempurna. Dengan seni dan kraf seorang pembuat barang kemas, batu itu diletakkan dengan cermat sejajar dengan batu yang lain, kemudian diletakkan semula berhati-hati dalam tatahan emas atau platinum. Selain kualiti batu-batu itu sendiri, beberapa kriteria lain juga turut menyumbang kepada keindahan penetapan permata Rolex: penjajaran ketinggian permata yang tepat, orientasi dan kedudukan, ketetapan, kekuatan dan pembahagian penetapan serta kemasan yang rumit pada kerja logam. Satu simfoni kilauan untuk meningkatkan jam tangan dan pesona si pemakai.
Emas kuning 18 karat
Dengan mengendalikan faundri eksklusif sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi. Mengikut perkadaran perak, tembaga, platinum atau paladium yang ditambahkan, pelbagai jenis emas 18 karat boleh diperolehi: kuning, merah jambu atau putih. Emas 18 karat ini diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan menggunakan kelengkapan yang paling canggih sebelum emas dihasilkan dan dibentuk dengan perhatian sama yang cermat dan teliti terhadap kualiti. Komitmen Rolex terhadap kecemerlangan bermula daripada sumbernya.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Day-Date, model ini M128348RBR-0050.










