
Kafling yang elegan dan eksklusif oleh Rolex.
Aksesori ini mencerminkan ciri visual jenama serta masih memenuhi piawaian tinggi yang sama dari segi kualiti dan kebolehpercayaan seperti mana-mana jam tangan Rolex.

Tiga kafling dengan buatan halus tersedia dalam emas 18 karat kuning, putih atau Everose.
Logo Rolex, mahkota lima pancang, boleh dipakai sebagai kafling. Kafling ini menjadi lambang kecemerlangan pada pergelangan tangan si pemakai dengan perincian yang begitu halus.

Berinspirasikan bentuk cakera bulat yang terdapat pada hujung jarum jam model Rolex Profesional, kafling ini bersinar dalam keadaan gelap kerana terdapat bahan pendarkilau – sama seperti yang digunakan pada paparan Chromalight pada jam tangan Rolex.

Kafling ini menggabungkan beberapa elemen jam tangan Rolex yang tersendiri. Di bahagian tengah, mahkota pancang lima diukir pada cakera Cerachrom seramik, yang dikelilingi jejalur yang menyerupai bezel ikonik yang dilihat pada model Rolex Klasik.
