Rolex GMT-Master II Oyster, 40 mm, Oystersteel dan emas kuning M126713GRNR-0001
RM86,300

-
Rujukan
126713GRNR
-
Bentuk Model
Oyster, 40 mm, Oystersteel dan emas kuning
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 100 meter / 330 kaki
-
Bezel
Bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Sisipan Cerachrom dwiwarna kelabu dan hitam dalam seramik, angka dan senggatan teracu
-
Dial
Hitam
-
Gelang
Jubilee, pautan lima keping
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik, fungsi GMT
-
Kaliber
3285, Buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 70 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Bezel Boleh Putar 24 Jam
Model ini mempunyai permukaan hitam dan sisipan bezel Cerachrom dalam seramik kelabu dan hitam dua warna. Di samping jarum jam, minit dan saat konvensional, GMT-Master II mempunyai satu jarum jam berbentuk segi tiga susuh yang berputar mengelilingi permukaan sekali setiap 24 jam dan satu bezel boleh putar dwiarah bersenggat 24 jam. Jarum 24 jam yang mempunyai warna tersendiri memaparkan waktu rujukan di “tempat asal” dalam zon waktu pertama yang boleh dibaca pada senggatan bezel. Waktu tempatan pengembara mudah ditetapkan dengan “melompat” dari jam ke jam kerana mekanisme cerdas yang dikendalikan melalui putaran jam: jarum jam boleh diselaraskan ke depan atau belakang secara bebas daripada jarum minit dan saat. Ini membolehkan pengembara menyesuaikan diri dengan zon waktu baharu mereka tanpa menjejaskan ketepatan waktu mereka.
Permukaan hitam
Sepertimana jam tangan Profesional Rolex yang lain, GMT-Master II menawarkan keterbacaan luar biasa dalam semua keadaan terutamanya dalam kegelapan disebabkan adanya paparan Chromalight. Jarum dan penanda jam yang lebar dalam bentuk yang ringkas – segi tiga, bulatan, segi empat tepat – diisi dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya berpanjangan.
Rolesor kuning
Emas menjadi idaman kerana kilauan dan keunggulannya. Keluli menguatkan ketahanan dan kebolehpercayaan. Gabungan bahan ini teradun sebati dengan sifat terbaik masing-masing. Tanda pengenalan Rolex yang sebenar, Rolesor telah ditampilkan pada model-model Rolex sejak awal 1930-an dan ditandakan sebagai nama dagangan pada tahun 1933. Ini merupakan tonggak koleksi Oyster Perpetual.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan GMT-Master II, model ini M126713GRNR-0001.










