Rolex Padellone Saiz 39 mm, emas Everose 18 karat, kemasan digilap M53505-0002
RM255,600

-
Rujukan
53505
-
Bentuk Model
Saiz 39 mm, emas Everose 18 karat, kemasan digilap
-
Ketahanan Air
Kalis air hingga 50 meter / 165 kaki
-
Bezel
Melengkung dan berjejalur
-
Dial
Putih terang
-
Gelang
Tali kulit
-
Pergerakan
Perpetual, mekanikal, automatik
-
Kaliber
7190, buatan Rolex
-
Rizab Kuasa
Lebih kurang 66 jam
-
Persijilan
Superlative Chronometer (pensijilan rasmi kronometer + pensijilan Rolex selepas penutup dipasang)
Unduh Brosur
Permukaan putih terang
Permukaan menampilkan kemasan berira pada bahagian tengah dan kemasan satin halus di bahagian tepi, penanda jam sesegi serta angka 3 dan 9 yang diperbuat daripada emas merah jambu 18 karat. Landasan minit yang halus mengelilingi permukaan putih yang menyerlah. Selain penunjuk kalendar, permukaan ini turut dihiasi cakera fasa bulan berenamel biru yang memaparkan bulan purnama dan anak bulan. Kedua-duanya diperbuat daripada meteorit, dengan anak bulan disalut PVD berwarna biru gelap. Wajah pada setiap bulan dibuat dengan cetakan pad, begitu juga bintang perak di sekelilingnya.
Bezel berkubah dan berjejalur
Dilengkapi bezel melengkung yang berjejalur halus, Padellone menampilkan penutup 39 mm dengan garis indah. Bahagian atas bezel melengkung manakala bahagian bawah mempunyai berjejalur halus, yang menyatukan seni pembuatan jam tradisional dan warisan estetika jenama tersebut dalam gaya kontemporari.
Emas Everose 18 karat
Untuk memelihara keanggunan jam tangan emas merah jambu, Rolex telah mencipta dan mempatenkan aloi emas merah jambu 18 karat yang dihasilkan di faundri sendiri: Emas Everose. Diperkenalkan pada tahun 2005, Everose 18 karat digunakan pada kesemua model jam tangan emas merah jambu Rolex.
Ketersediaan Model
Semua jam tangan Rolex merupakan buatan tangan yang dipasang dengan penuh teliti untuk memastikan kualiti yang terunggul. Standard yang sebegitu tinggi secara semula jadinya akan mengurangkan kapasiti pengeluaran Rolex dan pada masa ini, permintaan untuk jam tangan Rolex telah melebihi kapasiti ini.
Oleh sebab itu, ketersediaan model tertentu adalah terhad. Jam tangan baharu Rolex dijual secara eksklusif oleh Peruncit Rasmi Rolex yang menerima penghantaran berkala dan secara bebas mengurus pengagihan serta jualan jam tangan kepada pelanggan.
Cortina Watch berbangga menjadi sebahagian daripada rangkaian Peruncit Rasmi Rolex seluruh dunia serta boleh memberikan maklumat tentang ketersediaan jam tangan Rolex.
Hantar mesej

Mesej
Saya ingin bertanya mengenai ketersediaan Padellone, model ini M53505-0002.











