
Dengan kalendar tahunan lengkap dan paparan fasa bulan, Perpetual Padellone membuka jendela untuk menyaksikan langit malam.
Rolex mengembangkan koleksi Perpetual melalui penambahan jam tangan dengan kalendar tahunan lengkap semerta: Perpetual Padellone. Ciptaan rapi yang memaparkan tarikh, hari, bulan dan fasa bulan, serta jam, minit dan saat ini, dilengkapi inovasi teknikal perintis. Reka bentuknya yang harmoni menampilkan keseimbangan sempurna antara gaya tradisional dengan kontemporari. Dinamakan bersempena jam tangan Rolex terdahulu yang dilengkapi kalendar lengkap – iaitu rujukan 8171, yang dikenali dalam kalangan pengumpul sebagai ‘Padellone’ – model baharu ini merupakan kesinambungan sejati bagi warisan jenama tersebut. Dengan cakera fasa bulan yang menghubungkan kitaran Bulan dengan Bumi, jam tangan ini membuka jendela untuk menyaksikan langit malam.

Fasa bulan Padellone dipaparkan pada pukul 6 pada cakera biru berenamel yang kelihatan sepenuhnya, yang membuat satu putaran lengkap setiap bulan qamari, atau 29.53 hari. Bulan purnama dan anak bulan diperbuat daripada meteorit, manakala meteorit bagi anak bulan disaluti PVD biru gelap. Wajah pada setiap bulan dibuat dengan cetakan pad.

Permukaan model Padellone dihiasi kemasan berira pada sebahagian besar permukaan serta kemasan satin halus di bahagian tepi. Jarum tengah biru, dengan hujung berbentuk bulan sabit, menunjukkan tarikh semasa pada bahagian lilitan permukaan yang menampilkan skala tarikh ditulis dalam warna hitam. Dua bukaan pada kedudukan pukul 12 masing-masing memaparkan hari dan bulan dalam bahasa Inggeris. Bulan purnama dan anak bulan pada cakera ini diperbuat daripada meteorit – anak bulan disaluti lapisan PVD biru gelap – manakala bintang-bintang perak dihasilkan melalui cetakan pad.
Padellone mempunyai penutup 39 mm, dengan garis yang indah dan bahagian belakang jernih memaparkan keindahan gerakan yang halus itu. Penutup tengah menampilkan pelaras di sebelah sisi untuk fungsi kalendar, manakala lengkung cuping pula diserlahkan oleh potongan serong di bahagian tepi atas. Bezel terbahagi kepada dua bahagian – bahagian bawah berjejalur elegan dan bahagian atas melengkung. Diperbuat daripada nilam, kristal melengkung dan penutup belakang jernih, dibantu oleh salutan antireflektif. Dijamin kalis air hingga kedalaman 50 meter (165 kaki), penutup memberikan perlindungan optimum untuk gerakan yang terletak di bahagian dalam. Penutup itu diperbuat daripada emas Everose 18 karat atau platinum 950.

Padellone dalam emas Everose 18 karat dipasang dengan rantai Settimo atau tali kulit buaya perang kusam. Bagi versi platinum 950, jam tangan ini digandingkan dengan tali kulit buaya hitam kusam.
Rantai Settimo, yang terdiri daripada deretan tujuh pautan, menyerlahkan kehalusan dan keanggunan.Dengan sistem khas untuk penyambungan kepada penutup tengah, yang permohonan paten telah difailkan, rantai logam ini dilengkapi Crownclasp lipat yang terlindung bagi memastikan keharmonian visual di seluruh rantai.
Tali kulit buaya Padellone berwarna perang kusam atau hitam kusam mempunyai lapisan kulit anak lembu berwarna hijau dan jahitan berona mirip. Tali ini dilengkapi Dualclasp, sejenis dwipelipat lipat.
Kaliber 7190, yang boleh dilihat melalui bahagian penutup belakang jernih, memaparkan keharmonian estetika: berat berayun potongan dalam emas kuning, titi yang dihiasi Rolex Côtes de Genève, dan jalinan kemasan yang halus. Dibangunkan dan dihasilkan sendiri sepenuhnya, gerakan ini merupakan evolusi daripada kaliber 7135 yang inovatif, yang diperkenalkan pada tahun lepas semasa pelancaran Land-Dweller. Sepertimana kaliber sebelumnya, kaliber 7190 berdetik pada frekuensi tinggi 5 hertz. Kaliber ini juga dilengkapi pegas rambut Syloxi yang diperbuat daripada silikon dan batang imbang. Terdapat juga bolosan Dynapulse, peranti revolusioner yang turut diperbuat daripada silikon. Dengan ketahanan yang sangat baik terhadap medan magnet yang kuat, kaliber 7190 menawarkan prestasi yang menakjubkan, terutamanya dari segi ketepatan, rizab kuasa, kemudahan dan kebolehpercayaan.
Gerakan ini juga merasmikan sistem Haplos. Sistem yang dipatenkan ini membolehkan gerakan membezakan antara bulan yang mengandungi 30 hari dengan 31 hari. Hanya ada dua komponen yang digandingkan dengan mekanisme tarikh – tuil tahunan dan jari pembawa tambahan.

Perpetual Padellone dilindungi oleh pensijilan Superlative Chronometer. Perakuan eksklusif ini dikeluarkan untuk setiap jam tangan yang meninggalkan bengkel Rolex serta membuktikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan. Pensijilan dalaman ini dikawal ketat oleh entiti Switzerland bebas yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.
Sejak 2026, pensijilan Superlative Chronometer telah menerapkan tiga kriteria ujian baharu: rintangan terhadap medan magnet, kebolehpercayaan dan ketahanan. Kriteria ini dilaksanakan sepanjang peringkat reka bentuk dan pembuatan setiap jam tangan. Beratus-ratus pemeriksaan dan pengesahan yang berkaitan secara langsung dengan prestasi jam tangan dijalankan semasa fasa-fasa ini. Kriteria ini ditambahkan apabila pensijilan ditakrifkan semula pada 2015, yang mengawal ketepatan, kekalisan air, automasi dan autonomi. Keperluan ketepatan adalah sangat ketat: diukur selepas meletakkan penutup pada gerakan – diperakui secara rasmi sebagai kronometer – ketepatan jam tangan mestilah antara –2 dan +2 saat sehari.
Status Superlative Chronometer dilambangkan oleh mohor hijau bagi setiap jam tangan Rolex berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.