Rolex Explorer II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Explorer II watches - Cortina Watch Malaysia

Explorer II Rolex
Jam tangan penjelajah

Oyster Perpetual Explorer II ialah jam tangan pilihan bagi mereka yang mengembara ke serata dunia, selalunya dalam persekitaran yang ekstrem.

 

Model ini membolehkan pemakai membezakan waktu siang dan malam dengan jelas menerusi paparan 24 jam.

Rolex Explorer II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Explorer II watches - Cortina Watch Malaysia

Persekitaran seperti puncak gunung, lautan, gunung berapi dan kawasan kutub sentiasa menjadi medan eksperimen untuk Rolex.

Jam tangan Oyster Perpetual mengiringi pelbagai ekspedisi Himalaya – termasuk kumpulan yang disertai oleh Sir Edmund Hillary dan Tenzing Norgay Sherpa ketika mereka menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Everest pada 29 Mei 1953 – dan telah dipakai oleh penjelajah yang mengembara ke pelosok dunia, melalui padang pasir, di kawasan kutub atau ke dalam perut bumi. Dalam persekitaran yang dahsyat dan asing ini, hampir mustahil untuk membezakan siang dengan malam. Bagi ahli speleologi yang menghabiskan waktu berhari-hari dalam kegelapan, atau ekspedisi kutub yang melakukan perjalanan di bawah matahari tengah malam atau malam yang tidak berkesudahan, paparan 24-jam Explorer II menjadi antara peralatan penting mereka.

Rolex Explorer II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Explorer II watches - Cortina Watch Malaysia

Direka bentuk untuk penerokaan

Explorer II diperkenalkan pada tahun 1971 dan sama seperti Explorer, mengabadikan hubungan istimewa yang Rolex nikmati bersama penjelajahan. Dengan adanya paparan 24 jam yang terdiri daripada jarum jam tambahan berwarna jingga dan bezel terukir, Explorer II membolehkan pemakai jam membezakan waktu siang dan malam dengan jelas – suatu pilihan praktikal di tempat-tempat yang sukar untuk membezakan siang dan malam, seperti di kutub pada masa tertentu dalam setahun, dan di dalam gua – atau untuk membaca waktu dalam zon waktu kedua.

Rolex Explorer II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Explorer II watches - Cortina Watch Malaysia

Rantai Oyster

Explorer II boleh didapati dalam Oystersteel pada rantai Oyster pautan tiga keping. Rantai ini dilengkapi pengancing keselamatan lipat Oysterlock rekaan Rolex, yang menghalang daripada terbuka tanpa sengaja. Rantai ini juga dilengkapi pautan sambungan keselesaan Easylink yang dihasilkan oleh Rolex, yang membolehkan pemakai memanjangkan lagi rantai hingga kira-kira 5 mm dengan mudah agar lebih selesa dipakai dalam apa-apa keadaan.

Rolex Explorer II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Explorer II watches - Cortina Watch Malaysia

Paparan Chromalight

Explorer II ialah jam tangan yang sangat mudah dibaca dalam semua keadaan. Permukaan kontras tinggi yang ringkas ini mudah dibaca walaupun ketika gelap kerana terdapat paparan Chromalight; penanda jam dan jarum jam diisi atau disalut dengan bahan pendarkilau yang memancarkan cahaya biru yang berpanjangan.

Rolex Explorer II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Explorer II watches - Cortina Watch Malaysia

Kaliber 3285

Explorer II dilengkapi kaliber 3285, sebuah gerakan mekanikal automatik yang dibangunkan dan dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Sebagai hasil teknologi handalan, mekanisme ini memiliki beberapa paten. Kaliber ini menawarkan prestasi yang menakjubkan terutamanya dari segi ketepatan, rizab kuasa, kemudahan serta kebolehpercayaan.

Rolex Explorer II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Explorer II watches - Cortina Watch Malaysia

Superlative Chronometer
Pensijilan

Explorer II dilindungi oleh pensijilan Superlative Chronometer. Perakuan eksklusif ini dikeluarkan untuk setiap jam tangan yang meninggalkan bengkel Rolex serta membuktikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan. Pensijilan dalaman ini dikawal ketat oleh entiti Switzerland bebas yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

 

Status Superlative Chronometer dilambangkan oleh mohor hijau yang disertakan dengan setiap jam tangan Rolex berserta jaminan antarabangsa selama lima tahun.