Rolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Yacht-Master II Rolex
Menguasai permulaan

Direka bentuk khusus untuk permulaan regata, Oyster Perpetual Yacht-Master II menggabungkan unsur lautan dengan kecemerlangan teknikal.

Rolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Kronograf regata yang unik ini menampilkan fungsi eksklusif yang dibangunkan oleh Rolex: kira detik boleh atur cara dengan ingatan mekanik dan penyelarasan semasa bergerak.

Rolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Beze yang boleh dikenali dengan serta-merta

Yacht-Master II, yang terdapat dalam Oystersteel atau emas kuning 18 karat, mempunyai bezel boleh putar dwiarah yang dilengkapi sisipan Cerachrom bersenggat 60 minit dalam seramik biru. Amat keras dan betul-betul kalis calar, seramik berteknologi tinggi yang digunakan oleh Rolex memerlukan alat khas untuk tujuan pemesinan. Pada sisipan Cerachrom biru ini, senggatan dan angka yang teracu dan terbenam disaluti platinum atau emas kuning melalui PVD (Pemendapan Wap Fizikal). Senggatan bagi setengah jam pertama ditetapkan minit demi minit. Dengan bezel dalam kedudukan neutral, 30 saat terakhir kira detik boleh dibaca dengan lebih terperinci melalui jarum saat tengah kronograf. Bezel bersenggat dengan tepi berlekuk memberikan cengkaman yang sangat baik serta membolehkan pemakai mengukur selang masa dengan mudah – contohnya, masa pelayaran di antara dua boya.

Rolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Fungsi kira detik

Fungsi kira detik Yacht-Master II adalah intuitif dan mudah digunakan. Fungsi ini dibangunkan untuk membantu pelayar dengan lebih berkesan semasa fasa permulaan perlumbaan yang penting.

Kira detik diatur cara menggunakan penekan bawah. Setiap tekanan pada penekan ini akan memajukan jarum minit sebanyak satu kenaikan. Oleh itu, pemakai hanya perlu menekan penekan seberapa banyak kali yang diperlukan sehingga jarum minit memaparkan nombor yang sepadan dengan masa kira detik. Tempoh kira detik disimpan dalam ingatan mekanik sistem. Oleh itu, pelayar tidak perlu menetapkan semula jam tangan mereka dalam perlumbaan berikutnya dengan masa kira detik yang sama. Untuk menjadikan baki masa lebih jelas dibaca, jarum minit dan saat kira detik berpusing lawan arah jam – yang pertama untuk Rolex.

Rolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Rantai Oyster

Yacht-Master II dilengkapi rantai Oyster. Dibangunkan pada akhir 1930-an, rantai logam dengan pautan tiga keping yang lebar dan sedikit melengkung ini dikenali kerana keteguhannya.

 

Rantai Oyster Yacht-Master II yang diperbuat daripada Oystersteel atau emas kuning 18 karat dilengkapi pengancing keselamatan Oysterlock yang lebih nipis. Pelipat lipat ini, yang mengelak daripada terbuka, menampilkan pautan sambungan keselesaan Easylink, yang dibangunkan oleh Rolex supaya pemakai dapat melaraskan panjang rantai kira-kira 5 mm dengan mudah. Pada jam tangan yang diperbuat daripada emas kuning 18 karat, rantai Oyster mengandungi sisipan seramik yang dipatenkan – direka bentuk oleh jenama – di dalam pautan untuk mencegah haus terlalu awal dan meningkatkan kelenturan pada pergelangan tangan.

Rolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Bahan eksklusif

Satu daripada versi Yacht-Master II diperbuat daripada Oystersteel, sejenis aloi eksklusif yang kekal berkilau walaupun dalam persekitaran yang amat melampau. Satu lagi versi Yacht-Master II diperbuat daripada emas kuning 18 karat. Emas Rolex memancarkan kilauan yang memukau, hasil daripada penyelidikan dan pembangunan Rolex selama bertahun-tahun demi menyempurnakan penggunaan logam berharga. Unik dalam dunia pembuatan jam, Rolex telah memilih untuk mengawal sepenuhnya penciptaan, penuangan dan pembentukan aloi emas 18 karat dengan membina faundri sendiri.

Rolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Kaliber 4162

Yacht-Master II dilengkapi kaliber 4162, satu evolusi daripada kaliber 4161 yang menguasakan versi model sebelumnya. Direka bentuk khusus untuk urutan permulaan regata, kaliber 4162 menampilkan fungsi eksklusif yang dibangunkan oleh Rolex: kira detik boleh atur cara dengan ingatan mekanik yang boleh disegerakkan dengan pantas. Menerusi sistem ini, yang telah difailkan permohonan paten, fungsi kira detik diatur cara hanya melalui penekan bawah agar lebih mudah dan intuitif untuk digunakan.

 

Kaliber 4162 turut menggabungkan beberapa inovasi utama Rolex pada gerakan, termasuk bolosan Chronergy. Lantaran seni bina barel dan kecekapan bolosan yang tinggi, rizab kuasa gerakan ini mampu bertahan hingga kira-kira 72 jam. Kaliber 4162 menyerlah dengan kemasan terperinci dan titi berhias Rolex Côtes de Genève serta berat berayun potongan.

Rolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch Malaysia
Rolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch MalaysiaRolex Yacht-Master II watches - Cortina Watch Malaysia

Superlative Chronometer
Pensijilan

Seperti semua jam tangan Rolex, Yacht-Master II dilindungi oleh pensijilan Superlative Chronometer. Perakuan eksklusif ini dikeluarkan untuk setiap jam tangan yang meninggalkan bengkel Rolex serta membuktikan prestasi cemerlang di pergelangan tangan. Pensijilan dalaman ini dikawal ketat oleh entiti Switzerland bebas yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

 

Status Superlative Chronometer dilambangkan oleh mohor hijau dan disertakan dengan jaminan antarabangsa selama lima tahun.e.