Rona yang ranggi dan terang ini terhasil daripada kepakaran dalaman yang luar biasa di Rolex, apabila ketukangan bergerak seiring dengan teknologi tinggi. Warna yang dicipta untuk rangkaian Oyster Perpetual bermula daripada lakuer, yang harus disapu dengan teliti dalam persekitaran atmosfera terkawal bagi mengelakkan habuk dan pencemaran lain. Plat loyang bagi tapak permukaan disapu dengan lapisan demi lapisan lakuer, enam kesemuanya, untuk membentuk permukaan yang sekata dan seragam. Langkah terakhir adalah memvarnis dan menggilap untuk menyerlahkan lagi kecerahan dan kedalaman warna. Pelbagai inskripsi kemudiannya diukir secara percetakan pad serta penanda jam dan pemutar jam dipasang menggunakan tangan. Permukaan yang berkilau sempurna, kini sedia untuk diletakkan di atas gerakan pada fasa pemasangan jam tangan.